Tuesday, 7 January 2014

BAB 6 - RAHASIA CINTA

Dayana masih mengemas-ngemas ruang biliknya. Akhirnya semester baru telah bermula maka bermulalah episod baru pengajiannya. Dia berharap prestasinya pada kali ini akan bertambah baik berbanding semester lepas.
                Ganbatte!
                Seperti kebiasaan, di awal-awal semester semangatnya akan berkobar-kobar dan selalunya semangat itu tidak akan kekal sepanjang semester. Dia harap semester kali ini akan menjadi luar biasa. Setelah pasti biliknya telah sempurna dikemaskan, Dayana berbaring lega sambil matanya memandang ke arah katil bakal rakan sebiliknya yang masih kosong. Siapalah agaknya bakal rakan sebiliknya, baikkah orangnya, cerewetkah, menyakitkan hatikah? Biar siapa pun orangnya, dia tetap berasa teruja.
                Berbeza dengan sahabat yang lain, Dayana tidak kalut untuk memilih rakan serumah mahupun sebilik. Ramai sahabatnya merayu untuk ditempatkan sekali dengan sahabat-sahabat yang mereka kenali sahaja. Sedangkan bagi Dayana, dia lebih senang berkenalan dengan rakan serumah yang baru. Lebih menyeronokkan.
                Tiba-tiba pintu bilik dikuak perlahan. Dayana agak terperanjat.
                “Assalamualaikum…” lembut suara memberi salam. Muncul seorang gadis bertudung labuh persis seorang ustazah.
                “Waalaikumussalam…” jawab Dayana dengan senyuman lebar. Wah, muslimah.
                Dayana berasa teruja. Inilah kali pertama dia dapat sebilik dengan seorang muslimah seperti ini. Dayana tidak henti-henti memerhatikan gadis itu berkemas.
                “Anta dah lama sampai?” ujar gadis itu memulakan bicara agaknya kurang senang dengan pandangan Dayana yang tidak henti-henti memerhatikannya.
                “Tak ada lah lama, baru jugak. Orang mana?” soalnya lancar. Dia meneka mungkin gadis itu merupakan orang Terengganu mahupun Kelantan. Kebanyakan gadis berimej muslimah yang dia kenali kebanyakannya datang dari dua buah negeri berkenaan.
                “Orang Johor…”
                Dayana menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Jelas sekali telahannya tidak tepat. Gadis itu masih tersenyum lembut melihatkan telatah Dayana yang tidak senang duduk.
                “Anta orang mana?” soal gadis itu pula.
                “Saya orang sini jugak, orang Perak. Satu daerah je dengan U kita ni,” jawab Dayana panjang lebar walaupun jawapan yang sepatutnya tidak perlu dijawab selengkap itu.
                “Rumah anta dekat jelah. Baguslah, senang nak balik kan?” ujar gadis itu semula yang semakin menunjukkan keramahan berbeza dengan sikapnya seawal perkenalan tadi.
                “Tau tak apa. Kita ni bercakap punya bercakap nama tak tau pun, siapa nama kamu? Umur?” soal Dayana apabila menyedari dia masih tidak tahu nama dan umur sahabat barunya.
                “Maizatul Akma, 24 tahun. Anta?” soalnya kembali.
                “Nordayana, 22 tahun. Panggil je Yana. Nak panggil apa ya?”
                “Oh, muda lagi. Panggil je kak Akma,” ujarnya. Dayana tersenyum riang. Sikap sahabat barunya ternyata sangat menyenangkannya.
                “Okay, kak Akma.”
                Kemudian Dayana hanya mendiamkan diri memerhatikan gelagat Akma yang sedang mengemas barang. Dia ingin membantu tetapi dihalang sekeras-kerasnya. Akhirnya dia beralah.

Dayana memeriksa beg tangannya mencari-cari telefonnya tetapi hampa. Ke mana perginya? Mungkin ke tercicir? Dayana sudah tidak sedap hati.
                “Cari apa?” soal Shahila, bekas roommate Dayana semasa di semester pertama. Dia rimas dengan perlakuan Dayana yang kelihatan kalut mencari-cari sesuatu dalam beg tangannya.
                “Phone Yana. Tak jumpa pulak. Tolong missed call kejap,” minta Dayana separuh merayu. Hatinya mula berdegup kencang. Shahila lantas mengeluarkan telefonnya lalu mendail nombor Dayana. Beberapa minit telah berlalu tidak kedengaran sebarang deringan pun.
                “Kamu tinggal kat rumah ni Yana. Kamu kan suka tertinggal phone kat rumah,” ujar Shahila yang sudah faham benar dengan sikap Dayana yang agak cuai menjaga barangnya. Dayana bermenung seketika memikirkan rasional kata-kata Shahila sambil cuba mengingatkan di mana kali terakhir dia menggunakan telefonnya.
                Dayana menepuk dahinya. Ya, memang dia tertinggalkan telefonnya di rumah.
                “Ha? Kenapa? Betulkan tertinggal kat rumah?” soal Shahila bertalu-talu. Dia pun ingin tahu andai telahannya betul. Dayana mengangguk tanpa kata segan dengan kelalaiannya sendiri. Shahila menggelengkan kepala.
                Berakhir sahaja kuliah yang terakhir, Dayana terus bergegas pulang ke rumah. Dia tidak dapat menafikan hatinya masih berasa tidak sedap selagi tidak dapat melihat telefonnya dengan mata kepalanya sendiri. Sesampai sahaja di rumah, Dayana pantas membuka lacinya. Huh! Lega!
                Telefon bimbitnya masih berada di situ.  Dayana lantas menilik skrin telefonnya andai terdapat sebarang mesej mahupun panggilan tidak dijawab. Niatnya untuk membaca mesej dan melihat gerangan yang menelefonnya terbatal serta-merta apabila matanya tertancap pada aplikasi jam di skrin telefonnya. Jam sudah menunjukkan pukul 6.30 petang sedangkan dia masih belum menunaikan solat Asar. Dia kemudiannya bergegas ke bilik air untuk mengambil air wuduk. Dia tidak mahu melengahkan lagi memandangkan masa sudah semakin suntuk. Jika dia melengahkan solatnya, alamatnya terlepas waktulah jawabnya. Selesai sahaja solat, Dayana terus mendapatkan telefon bimbitnya. Semua mesej dan panggilan masuk datang daripada nombor yang sama. Nombor yang tiada dalam senarai kenalannya tetapi cukup dikenalinya. Suatu masa dahulu, nombor itu telah dipadamkan dari senarai kenalannya dan berharap nombor itu tidak kekal dalam ingatannya tetapi sayang fikirannya tidak mengikut kata hatinya. Nombor itu tetap terpahat dalam ingatannya seperti mana ingatannya terhadap empunya nombor tersebut.
                Dengan tangan yang terketar-ketar Dayana membuka mesej pertama yang diterima.
Yana, Iz ada dekat tempat Yana ni, Iz nak jumpa Yana. Kejap pun jadilah. Kebetulan Iz keluar beli tiket hari ni. Esok Iz dah nak bertolak ke KL. Iz kerja kat sana.
                Dayana menekup mulut. Hatinya pun cukup meronta-ronta untuk bertemu dengan Izzat. Namun, hatinya juga dibelenggu oleh pelbagai persoalan. Apa mimpi Izzat untuk berjumpa dengannya? Rindu ke? Atau hanya ingin melampiaskan nafsunya? Dayana memejamkan mata rapat. Dia tidak dapat membuang prasangka negatifnya terhadap Izzat. Dia langsung tidak dapat meneka isi hati sebenar lelaki itu.
                Dayana terus beralih pada mesej yang kedua.
Yana? Kenapa Yana tak jawab?
                Dan akhirnya dia membuka mesej yang terakhir.
Yana? Hm…..
                Mesej yang terakhir jelas menggambarkan kekecewaan Izzat sama seperti hatinya yang turut kecewa. Kenapa baru hari ini dia mendapat mesej Izzat? Kenapa mesti pada waktu dia tertinggalkan telefonnya? Dayana menyembamkan wajahnya di bantal. Sebal.
                Setelah perasaannya sedikit tenang. Dia bangun semula. Tidak patut sebenarnya dia bersikap begitu. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Dayana beristighfar. Dia memeriksa telefonnya sekali lagi. Terdapat 15 panggilan tidak dijawab daripada Izzat. Argh, rindunya.
                Dayana merenung skrin telefonnya lama. Hatinya berbelah bahagi untuk menelefon Izzat semula. Nombor Izzat ditekan dan ibu jarinya sudah bersedia di butang dail. Mampukah dia merendahkan egonya untuk menghubungi Izzat? Hatinya masih berbelah bahagi.
                Akhirnya nombor Izzat didail. Bukan dia yang memulakan dulu, Izzat yang mencarinya terlebih dahulu. Dayana menunggu panggilannya diangkat dengan penuh debar.
                Izzat memandang skrin telefon bimbitnya. Panggilan daripada Dayana. Dadanya berombak kencang. Lama dia merenung skrin telefon bimbitnya. Akhirnya, panggilan itu diangkat.
                “Hello.” Kedengaran garau suara di hujung talian. Dayana berasa gembira tatkala mendengarkan suara Izzat yang sudah lama tidak didengarnya sambil menahan debaran yang semakin menggila.
                “Kenapa carik Yana?” dia dapat merasakan suaranya sendiri kedengaran janggal. Tangan kirinya melekap ke dada. Degupan jantungnya semakin tidak dapat dikawal.
                Izzat kecewa mendengarkan suara Dayana yang langsung tidak ceria. Adakah Dayana masih terasa hati? Bukankah gadis itu sudah ada pengganti?
                “Iz saja contact Yana. Kot Yana nak jumpa Iz. Tapi kalau tak boleh tak apalah,” tutur Izzat sebiasa yang mungkin. Dia perlu menutup perasaan terujanya sebelum ini untuk berjumpa dengan Dayana. Sebenarnya dia sangat merindukan gadis itu, rindu yang tidak dapat ditafsirkan dengan kata-kata.
                Dayana kecewa mendengarkan nada Izzat yang acuh tidak acuh sahaja. Nampaknya hanya dia sahaja begitu teruja untuk berjumpa dengan Izzat sedangkan lelaki itu biasa-biasa sahaja.
                “Oh, tak apalah. Yana pun tak kisah. Just tanya kot ada perkara yang penting. Kalau tak ada perkara yang penting. Tak jumpa pun tak apa. Yana kat sini sibuk……” ujar Dayana cuba mempertahankan egonya. Tidak sangka dia tertipu sekali lagi dengan Izzat. Sekali lagi lelaki itu cuba mempermainkan perasaannya. Dia menyangka lelaki itu merindukannya tetapi sayang lelaki itu hanya ingin membuai perasaannya tanpa tujuan. Air matanya sudah menanti di tubir mata.
                “Yana sibuk? Hm..Iz faham. Sorry kalau Iz ganggu Yana. Hm…” Izzat kelu. Hatinya hiba mendengarkan suara gadis itu yang tersangat dingin. Sedihnya tidak terkata. Dia merindukan Dayana yang riang melayannya. Kalau tidak kerana ego lelakinya, dia ingin merayu pada Dayana untuk berubah menjadi seperti dulu. Tetapi layakkah dia, bukankah dia yang menyebabkan gadis itu bersikap seperti itu.
                “Okay, kalau tak ada apa-apa, Yana letak dululah. Assalamualaikum,” ucap Dayana sebak. Lidahnya kelu. Tidak tahu apa yang perlu diucapkan lagi, yang pasti hatinya diselubungi kekecewaan.
                “Waalaikumussalam….” Izzat termangu. Talian dimatikan serta-merta sebaik sahaja dia membalas salam. Itu sahajakah perbualan mereka? Benci sangatkah Dayana terhadap dirinya sehingga tidak sudi untuk berbual lebih lama.
                Dayana berbaring sambil mengesat air matanya. Begitu mudah air matanya gugur untuk lelaki tak guna seperti Izzat.

‘Iz…sampai bila Iz nak permainkan perasaan Yana, sejauh mana lagi Iz nak uji Yana,’ desis hatinya yang pilu. Dayana juga sudah naik bosan dengan kedegilan hatinya yang begitu tega mengekalkan ruang untuk Izzat. Sampai bila dia harus mengenang lelaki itu. Sampai bila?


Bab sebelum ini:


Friday, 25 October 2013

BAB 5 - RAHASIA CINTA

Anas memandang sepi telefonnya. Panggilan daripada Dayana dibiarkan tanpa diangkat. Dia perlu menjaga hubungan ini supaya sentiasa dalam barakah-Nya. Tidak dapat dinafikan, dia juga sangat merindukan gadis itu. Suaranya, wajahnya, sikap periangnya. Rasanya sudah bertahun-tahun dia tidak bertemu dengan Dayana. Bagaimanalah rupanya jika berhadapan.
                'Maafkan Anas, Yana, ungkapnya di dalam hati.
                Dia memang telah tekad untuk mengambil Dayana sebagai permaisuri hatinya. Segala kisah hidup Dayana dia sudah sedia maklum dan dia tidak kisah langsung dengan apa yang telah terjadi pada hidup Dayana. Apa yang dia sedang lakukan kini hanyalah semata-mata untuk menjaga batas-batas di antara dia dan Dayana. Biarlah kemanisan berpasangan itu dia nikmati selepas alam perkahwinan nanti.
                Dia sangat berharap Dayana memahaminya kerana dia amat pasti apa yang dia lakukan amat berisiko. Bila-bila masa sahaja Dayana boleh menyalahtafsirkan niatnya.
                Perkara yang paling penting yang perlu dia fikirkan sekarang ialah pekerjaan. Sehingga kini dia masih gagal untuk mendapatkan sebarang pekerjaan. Dia sendiri tidak sangka bagaimana dia boleh dibuang kerja semata-mata tidak datang bekerja selama dua hari berturut-turut sedangkan dia telah memaklumkan ketidakhadirannya kepada pengurusnya. Dia meneka pasti ada insan yang menabur fitnah terhadapnya.
                Dayana pula bakal menghabiskan pengajiannya 3 tahun sahaja lagi. Masakan dia masih mahu mendiamkan diri, dia perlu segera melengkapkan segala-galanya termasuklah kewangan untuk menyunting Dayana sebagai isterinya.
                Kadang-kadang timbul pelbagai persoalan menyesakkan benaknya. Layakkah dia bergandingan dengan Dayana yang merupakan seorang penuntut universiti sedangkan dia hanyalah lepasan politeknik semata-mata. Persoalan itu sering juga dia ajukan kepada Dayana. Namun, jawapan gadis itu tetap sama setiap kali soalan itu diajukan. Apa yang gadis itu cari bukannya pangkat atau harta tetapi sekeping hati yang ikhlas dan menerimanya seadanya, dan yang paling penting sekali, Dayana inginkan lelaki yang sangat mementingkan agamanya.
                Anas mengakui, walaupun Dayana 5 tahun lebih muda darinya, gadis itu jelas memiliki perwatakan yang matang. Sentiasa bijak dalam menguruskan hidupnya. Mungkin kelebihan itu diperoleh hasil daripada pengalaman silamnya. Mungkin.
                Perkenalannya dengan Dayana bermula semenjak Dayana masih bersekolah lagi. Pertemuan mereka bermula di temasya sukan kebangsaan. Semenjak itu mereka meneruskan hubungan mereka secara maya, kemudian mereka bertukar nombor telefon dan akhirnya hubungan mereka terbiar sepi tanpa khabar berita sehinggalah perkenalan mereka bermula semula apabila dia berjaya menjejaki gadis itu di laman facebook.
                Ketika itu dia sudah pun mempunyai kekasih hati, malangnya, dia hanya dipermainkan. Hatinya hancur luluh dan Dayanalah tempat dia mengadu. Gadis itu cukup pandai menghiburkan hatinya dan sikap ambil berat gadis itu berjaya mencuri hatinya.
                Suatu hari, dia mengumpulkan kekuatan untuk menyampaikan perasaannya. Dia tidak mahu bertindak lambat, jika tidak dia akan terlepas gadis sebaik Dayana. Dayana merupakan pilihan yang tepat untuk dijadikan sebagai isteri. Umurnya juga bukan semakin lama semakin muda, sudah sampai masanya dia memikirkan masa depannya dengan lebih serius.
                Pada awal luahannya, Dayana menolaknya bulat-bulat tanpa berfikir panjang. Namun, Anas tidak putus asa. Dia usahakan juga untuk melembutkan hati Dayana supaya menerimanya. Akhirnya, barulah dia tahu mengapa gadis itu bermain tarik tali dengannya. Dalam keceriaannya, gadis itu menyimpan kenangan silam yang cukup pahit.
                Dia sendiri pun pada awalnya bagai tidak percaya dengan apa yang telah diberitahu oleh gadis itu. Walau bagaimanapun, pengakuan Dayana langsung tidak mengubah rasa sayangnya. Dayana tetap Dayana yang dia kenal dulu.
                Jauh dia bermenung mengenangkan gadis pujaannya. Jam di dinding di jelingnya. Jam sudah menunjukkan pukul 5.30 petang.
                Alamak!
Dia teringatkan janji dengan sahabatnya untuk bertemu di taman berdekatan. Pasti Kamal sudah pun menunggunya. Bagaimanalah dia boleh terlupa akan janjinya untuk berjoging di sekitar taman. Cepat-cepat dia bersiap dengan pakaian sukannya. Motosikal dihidupkan tergesa-gesa kemudian dengan pantas meninggalkan perkarangan rumahnya.
Tidak sampai 5 minit, dia sudah pun sampai ke taman yang dijanjikan. Kamal sudah menunggunya dengan muka yang ketat. Anas melemparkan senyuman lalu menepuk bahu sahabatnya.
Chill la beb! Aku baru lewat 10 minit…”
Kamal menguntumkan senyuman.
“Tau pun kau cuak….aku saja gertak je tadi…..haha.”
“Aku tak cuak pun.”
Kedua-dua lelaki tersebut memulakan langkah mereka dengan gelak ketawa.
“Kau apa cerita sekarang, aku dengar dah single. Kau ni memilih sangat..” ujar Kamal memulakan topik perbualan.
“Apa pulak memilih, kau tak tau cerita. Kalau kau tau, kau tau la aku memilih ke tidak,” jawab Anas acuh tidak acuh.
“Ha, elok sangat la, alang-alang aku tak tau ni, kau beritahu la….”
“Malas la aku Mal. Apa yang dah berlalu tu biarkan je berlalu. Malas aku nak fikir, buat sakit kepala aku je. Dia yang aku harapkan, dia yang buat aku jadi macam orang bodoh.”
Anas malas hendak mengungkit cinta lamanya yang sememangnya menyakitkan hati. Silapnya juga kerana terlalu berlembut hati. Dia menyangka kehadiran Zahira mampu mengisi kekosongannya. Alih-alih gadis itu tidak ubah seperti buaya darat versi betina.
“Hohoho….lain macam ayat kau sekarang ni, kau ni betul ke single? Aku sebenarnya nak korek pasal buah hati kau yang sekarang ni. Bukan main status kau baru-baru ni, menjiwang karat je aku tengok…Aku kenal kau bukan sehari dua Anas, semenjak kau merangkak lagi aku dah kenal kau…” pancing Kamal.
Anas sendiri ketawa mendengarkan ayat sahabatnya.
‘Kepala hotak kau la dari merangkak,’ getus hatinya.
Okay, aku jujur dengan kau lah, aku tak ada awek tapi kalau bakal isteri aku ada. Tak main dah awek-awek ni, umur macam kita ni Mal fikir kahwin je. Tu yang aku runsing sekarang ni Mal, kau bukan tak tau aku ni penganggur kehormat dah sekarang ni. Kereta, rumah pun aku tak beli lagi. Aku nak bila aku kahwin nanti semua lah dah lengkap. Bukan kahwin koboi je.”
“Awek la tu Mal, kau tak payah nak panjangkan cerita la. Orang mana pulak kali ni?” Soal Kamal pantas tanpa membuang masa. Masa itu emas beb!
 Tidak sangka, pantas betul sahabatnya ini dapat pengganti sesuai dengan gelarannya selama ini, jejaka terhangat di pasaran.
“Aku tak nak rendahkan martabat dia, awek tu bagi aku rendah kau tau. Orang mana tu aku rahsiakan je dulu….bukan dah tentu pun dia jodoh aku. Jodoh dan pertemuan tu di tangan tuhan Mal. Aku berserah je….. Yang paling penting! Bila aku dah confirm nanti, kau orang pertama aku beritahu. Confirm! Kau doakan je la jodoh aku dengan dia. Kata kawan….” ucapnya sambil menepuk-nepuk bahu rakannya.
“Kau tu jangan cakap je, cepat betul kau dapat pengganti kan? Mentang-mentang la hot. ‘Bakal isteri’ aku sekarang ni pun dulu peminat kau. Nasib la kau tak layan, kalau tak menganga aku.”
Sengaja Kamal menggunakan istilah ‘bakal isteri’ untuk menggantikan perkataan ‘awek’. Dia juga mahu ‘meninggikan martabat’ kekasihnya.
“Aku tak main lah orang dekat-dekat ni Kamal. Nana tu satu block dengan aku Mal. Lain lah kau perumahan lain. Tak main lah kahwin dengan jiran-jiran ni. Pergi mengaji pun sama-sama…..haha..”
“Bukan main kau kan, jodoh tu di tangan tuhan Anas…haha,” Kamal memulangkan paku buah keras.
“Kau nak lah aku ngorat ‘bakal bini’ kau ni? Okay, aku tak ada hal. Sekarang pun boleh, Nana tu tengah cuti semester sekarang ni,
Ha, tu dia tengah berjalan dengan BFF dia. Amboi, cantiknya bertudung merah. Siap kau! Ada yang tak jadi kahwin lepas ni…..dia gadis bertudung merah! Haha!” ucap Anas sambil bernyanyi seraya menuding jari ke arah gadis bertudung merah yang tidak jauh dari mereka.
“Aahlah Nana….” Kamal terpempan. Sejak bila gadis itu turut berada di situ.
Anas melajukan langkahnya seperti berlari marathon lagaknya sambil ketawa berdekah-dekah menuju ke arah Nana. Kamal mengejar dari belakang sambil turut ketawa.
Nana yang menyedari kehadiran kedua-dua lelaki itu agak terkejut. Tangan sahabatnya dipegang erat.
“Hey! Kau orang ni apasal berlari-lari datang kat aku ni?” jerit Nana.
Anas menyeringai menampakkan kedua-dua gigi siungnya. Kamal sekadar menggaru-garukan kepala sambil tersenyum sumbing.
“Kamal ni cabar aku ngorat kau, agak-agak kalau aku ngorat kau, ada can tak?”
Kamal mengibas-ngibaskan kedua-dua tangannya ke kiri dan ke kanan cuba membela dirinya. Nana menjeling tajam ke arah Kamal. Kemudian, senyuman nipis terukir di bibirnya.
“Apa pulak tak boleh Anas, kecil tapak tangan satu perumahan ni Nana tadahkan. Hahaha,” Nana terus melayan gurauan Anas. Seronok juga sesekali mengusik buah hatinya. Kamal pula menelan liur risau andainya Nana benar-benar masih mengharapkan Anas.
Sedangkan bagi Nana, kisah perasaannya terhadap Anas hanyalah kenangan lama yang sudah lama dia lupakan. Anas kini tidak ubah seperti sahabat baiknya sahaja. Nana menahan tawa melihatkan wajah Kamal yang kelihatan gugup.
“Nana gurau jelah Mal. Risau sangat. Hati Nana ni cuma kat Mal sorang je….” Ucapnya sambil mencuit hidung Kamal yang mula terkembang kempis mendengar pengakuan Nana.
“Bluek!!” Anas lantas memberi respon seakan-akan ingin muntah. Geli-geleman mendengarkan ayat bunga-bunga cinta yang tidak berapa mekar itu.
“Ha! Tak nak kenalkan aku dengan kawan kau ke? Macam bukan orang sini je. Aku tak pernah nampak dia kat area perumahan kita ni.”
Anas mengalihkan pandangannya ke arah sahabat Nana yang diam sedari tadi memerhatikan gelagat mereka. Gadis itu tersipu-sipu malu tatkala Anas memandangnya. Anas hanya tersengih-sengih nakal.
“Saya Nana Anzalna, masih single,” ujar Nana masih ingin meneruskan gurau. Kamal menyiku lengan Nana yang tidak henti-henti ingin mengusiknya. Tindakan Kamal menghamburkan ketawa Nana dan Anas.
Okay, okay, okay, nama dia Nursyazana, kau orang panggil dia Syaz pun boleh. Syaz, Anas ni single tau. Hehe.” Nana menjeling ke arah Syazana. Syazana semakin malu dengan tindakan Nana. Pinggang sahabatnya dicubit sekuat mungkin. Nana menyeringai sakit. Anas sendiri pun menggarukan kepala mendengarkan kata-kata Nana.
“Ops! Nana sayang, cik Anas kita ni dah berpunya dah sekarang ni. Abang jejaka terhangat kita ni mustahil la single lama-lama.”  Kamal cuba menyelamatkan keadaan apabila melihatkan Anas kehilangan kata.
“Tapi…”
Anas merenung Kamal yang masih belum menghabiskan kata-katanya.
“Lelaki boleh kahwin 4 beb! Haha!”
“Betul Mal! Geliga otak kau, jadi, bile kau nak tambah lagi 3?” Anas mengambil peluang untuk mengenakan Kamal sekali lagi. Kamal memandang ke arah Nana yang sudah menjegilkan matanya.
“Itu…. on the way!” Kamal hanya mengiyakan. Nana lantas ingin meluku kepala buah hatinya tetapi Kamal segera melarikan diri. Nana yang tidak putus asa mengejar Kamal dengan tawa.
“Woi! Anas, kalau macam ni memang aku cepat kurus tinggal tulang jelah!” Jerit Kamal yang sudah berlari jauh dari mereka. Anas gelak terbahak-bahak lalu memandang ke arah Syazana yang rupa-rupanya sedang memerhatikannya. Syazana lantas mengalihkan pandangannya. Macam manalah dia boleh ralit memerhatikan lelaki itu.

Anas tidak sedap hati dipandang seperti itu lantas berpura-pura tidak perasan. Situasi seperti itu perkara biasa baginya tidak hairanlah dia digelar jejaka terhangat. Entah apa yang menarik tentang dirinya. 




Bab sebelum ini:


Tuesday, 15 October 2013

BAB 4 - RAHASIA CINTA

Izzat mengelipkan matanya beberapa kali. Benarkah apa yang dia lihat? Entri yang bertajuk Mr. An diikuti dengan lambang berbentuk hati dibaca berulang kali. Hatinya ditambat rasa cemburu. Entri yang ringkas dan pendek itu cukup padat menyampaikan isi hati si blogger.


Hello, Miss Diya kembali dengan entri baru untuk hari ini, ada yang rindukan Miss Diya tak?
Hehehe…
Yup! Miss Diya happy sangat hari ni, Miss Diya tengah angau ni, opsss…bukan lagi untuk Mr.I macam yang Miss Diya cerita sebelum ni tapi untuk Mr.An, macam title entri kat atas…
Siapa Mr.An? dia stalker kehormat blog Miss Diya….blog je ke?
Ehem3~~~
Siapa dapat teka, Mis Diya bagi gula-gula…
Entri akan datang, Miss Diya akan bongkarkan siapa dia Mr. An..
C U SOON !


                Siapa dia? Izzat tertanya-tanya. Perasaan ingin tahunya membuak-buak. Dia mula membaca komen yang ditinggalkan oleh pelawat-pelawat blog tersebut.


Mesti insan teristimewa ni…tak sabar nak tau jawapan, mesti betul…


                Pandai-pandai je kau teka, dengus hatinya.


Wah..Cik Diya kita tengah jatuh cinta….tak sabar nak makan nasik minyak, jangan lupa jemput Bell yerr..


                Izzat terus membaca komen seterusnya.


Ala…nak teka-teka lak, Miss A tak pandai nak teka tapi rasanya jawapan Miss A sama dengan tukang komen yang pertama tu. Mesti insan teristimewa, Miss A doakan kebahagiaan Diya J


                Izzat akhirnya menghentikan pembacaannya. Komen-komen seterusnya hanya akan menambahkan sakit di hatinya. Siapa lelaki yang dimaksudkan? Bagaimana rupanya? Baik ke?
                Argh ! Izzat sendiri serabut dengan soalan yang bertubi-tubi menerjah ke dalam kotak fikirannya. Dengan siapa gadis itu ingin bersama bukan halnya. Dia sendiri bahagia dengan Azura. Tiada kekurangan dalam diri Azura jika dibandingkan dengan Dayana.
                Walau bagaimanapun, perbuatannya langsung tidak mengikut kata hatinya. Setiap hari dia menanti entri terbaru gadis itu. Dia terlalu ingin tahu gerangan lelaki yang berjaya mencuri hati Dayana. Akhirnya hari yang dinanti kunjung tiba.


Siapa Mr.An?


                Izzat menahan debar. Matanya beralih pada isi entri.


Haloo..
Dah ada ke yang ternanti-nanti entri ni?? Ada ke?? Seperti yang Miss Diya janjikan, Miss Diya nak bongkarkan siapa dia Mr.An…
Hehehehe….
Tahniah, siapa yang teka dengan betul… Miss Diya tengok ramai yang teka tu teman istimewa Miss Diya, yup ! tak salah lagi tekaan korang..
Tapi..ops3..
Kitorang tak kapel tau, serious…tapi dia dah sampaikan niat nak petik Miss Diya menjadi teman hidupnya..
Alahai..jiwangnya ayat Miss Diya kan?
Miss Diya bersyukur kerana tuhan jumpakan Miss Diya dengan lelaki yang terima Miss Diya seadanya, dia dah tau semua kisah hidup Miss Diya..
Apa yang Miss Diya kagum, dia sangat menjaga batas perhubungan ni…
Dah3!!! Miss Diya taknak cerita panjang2… nanti tak ada siapa nak baca pulak…
Tata J


                Izzat meraup mukanya. Dia tidak tahu perasaannya kini. Adakah dia patut berasa gembira atau tidak atas kebahagiaan Dayana. Gadis itu miliknya. Jauh di sudut hati dia tidak rela Dayana berada dipangkuan lelaki lain. Apa yang perlu dia lakukan? Dia inginkan gadis itu tetapi di sudut lain hatinya dia berasa janggal dengan kekurangan Dayana.
                Hatinya menjerit. Perkara ini semakin rumit bukan disebabkan salah sesiapa tetapi salahnya sendiri yang masih keliru dengan cintanya. Malas melayan fikirannya yang bercelaru, tangannya pantas memasang radio bagi menenangkan hatinya. Kedengaran suara Aznil yang sungguh ceria berceloteh. Sesekali Izzat tersenyum nipis apabila celoteh Aznil mencuit hatinya sambil sabar menunggu dendangan lagu yang seterusnya.
                Dendangan lagu Sudirman yang telah diadaptasi berkumandang. Izzat menghayati setiap bait-bait lirik lagu Merisik Khabar yang telah dinyanyikan semula oleh pelakon utama filem Hoore! Hoore! Itu.

Terkapar-kapar ku kelemasan,
Sakit dilambung ombak kerinduan,

Di dalam tidur di dalam jaga,
Diburu oleh mimpi yang serupa,

Mengapa aku jadi tidak menentu keranamu,

Ku menyusuri jalan berliku,
Membiarkan hari-hari berlalu,

Tiada salam tiada pesan,
Memaksa diri untuk melupakan,

Namun wajahmu bermain di mataku tiap waktu,

Malam ku suram,
Siang ku kelam,
Ku kegelisahan,
Mencari-cari ke mana pergi harga diri ini,

Bertanyakan berita,
Merisik khabar,
mendengar cerita melaluinya,
Kau kuhampiri tiap hari bersama luka dihati

                Izzat tenggelam dalam lamunan. Betapa lagu ini amat kena dengan kisah hidupnya. Dia turut bernyanyi-nyanyi kecil mengikut rentak lagu. Andainya Dayana di hadapannya sekarang.




Dayana menghempaskan dirinya di atas katil. Lagu Merisik Khabar yang sedang berkumandang di radio di dengar dengan hati yang sayu. Setiap baris liriknya sangat kena dengan perasaannya kini. Apatah lagi, suara Akim AF memang persis suara Izzat. Serak-serak basah dan romantis.
 Dia memejamkan mata. Wajah Izzat menjelma. Hatinya sebak tiba-tiba. Entah apa khabar Izzat sekarang. Langsung tiada khabar berita. Izzat benar-benar mengotakan janjinya untuk menghilangkan diri dari pandangannya. Namun, dia tidak boleh menyalahkan Izzat semata-mata. Apa yang Izzat lakukan pun atas permintaannya. Dia sendiri yang tidak mahu lagi meneruskan permainan tarik tali ini. Cukup menyakitkan. Cukup melukakan.
Dayana cuba mengalihkan fikirannya terhadap Anas. Apa yang lelaki itu sedang lakukan? Baikkah dia? Dayana merenung skrin telefon bimbitnya. Berkira-kira untuk menghubungi lelaki itu atau tidak. Dia perlu mendengar suara lelaki itu memandangkan hatinya semakin rapuh. Dia memerlukan semangat daripada lelaki itu.
Tanpa berfikir lebih panjang, Dayana mendail nombor Anas tetapi sayang panggilannya tidak bersambut. Dayana mengeluh. Kenapa lelaki itu tidak ada di saat dia memerlukan. Ini lagi satu masalahnya, dia dengan lelaki itu telah menetapkan janji untuk tidak kerap menghubungi antara satu sama lain.
Dirinya tidak henti-henti dibelenggu dengan janji. Sebelum ini dengan Izzat dan sekarang dengan Anas pula. Biarlah, mungkin ada hikmahnya. Dia tahu, kadang-kadang Anas bukan tidak mendengar panggilannya. Lelaki itu sengaja tidak mengendahkan panggilannya. Jangan salahkannya jika dia tinggalkan Anas suatu hari nanti! Tiba-tiba hatinya diserang rasa geram. Tolonglah ada untuk saat-saat seperti ini.
Tiba-tiba telefonnya berdering. Dayana pantas mengangkat tanpa sempat melihat nama si pemanggil. Hatinya meneka Anas menelefonnya kembali.
“Assalamualaikum…” Sapanya ceria.
“Waalaikumussalam Yana,” berubah air muka Dayana. Suara yang didengarnya bukan milik Anas. Skrin telefon diamatinya. Malangnya, itu nombor yang tiada di dalam senarai kenalannya.
“Siapa ni?” suaranya tidak lagi seceria tadi. Secara jujurnya, suara lelaki itu seperti biasa didengar.
“Wah, Yana, kau tak ingat ke aku siapa? Bukan main kau sekarang, lepas masuk U, tak ingat dah kat aku….”
Wajah Dayana berkerut. Berterus-terang sajalah. Dia tiada mood untuk bergurau sekarang ini. Dayana mendiamkan diri.
Faizal kaget apabila tidak mendapat sebarang balasan dari Dayana. Takkan bergurau sikit pun tak boleh, desis hatinya.
“Hey Yana, aku Ajai la, takkan tak ingat?”
Akhirnya, Faizal memperkenalkan dirinya takut gurauannya tadi menyinggung perasaan gadis itu.
“Eh, Ajai….. Mana ada aku lupa kat kau. Sorry la, nombor aku ni pernah hilang. So, aku buat nombor ni balik, kebanyakan nombor contact hilang termasuklah kau.
 Kau sendiri pun dah lama tak contact aku, jangan nak salahkan aku pulak,” ujar Dayana membela dirinya. Kedengaran tawa Faizal di hujung talian.



“Kau dengan Mira apa cerita?” Soal Dayana ingin tahu perkembangan hubungan sahabatnya itu dengan kekasihnya. Amira merupakan rakan sekelasnya sewaktu di tingkatan enam. Seorang yang peramah dan baik. Dayana terbayangkan wajah mulus Amira yang tidak gemar memakai sebarang mekap mahupun secalit bedak pun.
“Semakin bahagia dan saling cinta mencintai,” jawab Faizal tanpa berlapik. Dayana serasa ingin muntah mendengarkan jawapan Faizal. Faizal menyambung tawanya.
Dalam diam, Dayana mengagumi Faizal yang berjaya membentuk perasaannya buat Amira. Sedangkan diawal perhubungannya dengan Amira tidak wujud sebarang perasaan untuk gadis itu. Faizal sebenarnya menaruh perasaannya pada Dayana.
“Kau apsal guna ayat jiwang ni? Nak muntah aku dengar…” perli Dayana.
“Dulu aku nak kat kau, kau taknak, sekarang nak muntah-muntah pulak….”
Dayana tergamam mendengarkan kata-kata Faizal. Hatinya sedikit terusik. Alasan dia menolak Faizal kerana perasaannya terhadap Izzat. Dia tidak tergamak memilih sahabat Izzat menjadi pasangannya. Dia tidak mahu melukakan hati lelaki itu.
“Aku tak hairan langsung lah. Kau dah bahagia ni, aku tumpang gembira.”
Hati Dayana bergetar. Faizal benar-benar mengingatkannya pada Izzat.
“Kau dengan Izzat okay?”
“Aku tak contact dia dah…..” potong Dayana pantas. Suaranya bergetar.
Faizal berkerut. Dia dapat mengesan perubahan pada nada suara Dayana. Bukan dia tidak tahu perkara sebenar, Izzat pernah bercerita tentang hubungannya dengan Dayana yang terumbang-ambing. Dia sengaja ingin tahu dari mulut gadis itu.
Dia sendiri tidak faham dengan hubungan yang sedang terjalin antara Izzat dengan Dayana. Apa yang dia tahu, Izzat juga mempunyai perasaan terhadap Dayana. Begitu juga Dayana. Tiada halangan untuk mereka meneruskan hubungan itu dari seorang sahabat kepada kekasih.
Faizal tahu baik Dayana mahupun Izzat, masing-masing ingin membuktikan persahabatan antara mereka tidak akan berakhir dengan percintaan. Ego setinggi gunung.
“Ha.. Yalah, tu je aku nak tanya, saja rindu nak dengar suara kau…” Faizal cuba mengembalikan mood Dayana.
“Suka-suka kau je nak rindu kat aku, aku report kat Mira baru tau,” balas Dayana disusuli dengan tawa. Faizal lega mendengarkan tawa Dayana.
Okaylah, aku nak letak dah ni, lama-lama aku call kau pun, bukan dapat kasih sayang kau pun, buat habis kredit je ni,” gurau Faizal ingin mengakhiri perbualan mereka.
“Eee.. Kau ni! Yalah, kasih sayang la sangat. Aku tak kisah pun kau nak kata apa, aku tau kau sayang kat aku, thank call aku tau.”
Dayana langsung tidak ambil hati dengan kata-kata Faizal. Kalau diikutkan, dia ingin berbual lama lagi dengan Faizal. Sekurang-kurangnya gurauan Faizal mengubat hatinya yang sedang sakit.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”
Talian dimatikan. Sepanjang perbualannya dengan Faizal tadi, dia berkira-kira untuk menanyakan perihal Izzat tetapi keinginannya sekadar tersimpan di sudut hatinya. Tidak perlu rasanya dia terlalu menyibuk untuk tahu tentang lelaki itu. Dia sendiri ada harga diri. Izzat sendiri pun tidak kisah akan dirinya.
Nombor Anas didail lagi. Masih tiada jawapan. Hatinya kembali sebak. Besarnya dugaan ada kekasih terlalu matang ni…..



               


Monday, 14 October 2013

BAB 3 - RAHASIA CINTA

Izzat merenung siling rumahnya. Wajah Dayana menjelma. Perasaan rindu mula menjelma dalam hatinya. Dia rindukan gadis itu. Dia sayangkan gadis itu.
                Setiap kali dia melayari internet. Dia tidak akan jemu melawat profil facebook milik Dayana. Gambar Dayana ditatap satu persatu. Blog Dayana pula menjadi laman bacaan wajib baginya. Dari situlah dia dapat mengetahui kisah-kisah terkini Dayana yang cukup suka meluahkan perasaannya di dalam blog. Secara tidak langsung, dia menjadi stalker tidak bertauliah Nordayana Sahak.
                Pernah sekali Dayana meletakkan laman facebooknya di dalam senarai yang di block. Dia masih ingat lagi keadaan dirinya yang bagaikan nak gila sehari tanpa berita daripada Dayana.
                Hari-harinya murung. Dia rindu untuk menatap gambar gadis itu memandangkan dia tidak pernah menyimpan satu pun gambar milik Dayana. Itu merupakan janji mereka yang tidak akan pernah menyimpan gambar masing-masing. Janji sebagai Best Friends Forever, prinsip persahabatan mereka.
                Kerana janji sebagai sahabat baik selamanyalah hubungan mereka kian terbelenggu. Mereka juga berjanji, persahabatan mereka tidak akan berakhir dengan percintaan. Ya, kerana janji. Akhirnya mereka tidak lagi berhubungan.
                Tidak lama kemudian, laman sosial miliknya tidak lagi menjadi senarai yang di block. Profil gadis itu dibuka pantas. Hatinya lega kerana gadis itu tidak memprivasikan lamannya. Dia bebas membaca status milik gadis itu. Antara kebanyakan status yang diupdate, matanya tertancap pada satu status yang disertakan dengan link sebuah blog milik Dayana. Tajuk entri blog menimbulkan debar di dadanya.

TENTANG DIA

                Perasaan ingin tahu mula menular. Pelbagai persoalan mula timbul dibenaknya. Mungkinkah entri itu berkenaan dirinya. Tanpa menunggu lama Izzat membuka laman blog milik gadis itu. Tepat tekaannya. Entri itu memang berkisar tentang dirinya. Seperti yang dijangka, rupanya Dayana memang menyimpan perasaan terhadapnya. Hatinya resah. Berat untuk dia mengatakan bahawa dia merasakan perkara yang sama.
                 Izzat terperangkap. Egonya kuat untuk terus menafikan perasaan itu. Seorang kawan hanyalah seorang kawan. Dia inginkan gadis yang sempurna untuk dijadikan sebagai seorang isteri. Kerana mengejar kesempurnaanlah dia memilih Azura sebagai kekasihnya. Lemah lembut, cantik dan yang paling penting sekali masih perawan. Berbeza dengan Dayana yang gagal mempertahankan kesuciannya. Tiba-tiba hatinya yakin dia telah membuat keputusan yang betul.




Dayana memerhati kawasan sekeliling. Sunyi sepi. Langsung tiada kenderaan yang melintasi kawasan rumah itu. Matanya merenung Alif Iskandar yang berwajah tenang.
                “Alif, kenapa sunyi sangat rumah ni?” soal Dayana dengan suara yang bergetar. Perasaannya tidak sedap dengan keadaan sekeliling. Terdetik hatinya mengatakan Alif berniat buruk terhadap dirinya. Namun, firasat buruk itu ditepis sejauh mungkin kerana selama dia mengenali Alif, Alif bukanlah seorang lelaki yang bersikap sebegitu.
                Alif segera keluar daripada kereta. Separuh jalan dia ke pintu rumah, dia berpatah balik menjenguk Dayana yang masih membatu di dalam kereta.
                “Yana tak nak keluar ke? Kat luar ni sunyi, baik masuk rumah, anak buah Alif kat dalam rumah, boleh berkenalan dengan dia, dia pun perempuan jugak,” terang Alif dengan senyuman. Mendengarkan itu, hati Dayana berasa lega.
                Dengan perasaan gembira, Dayana memasuki rumah kayu yang kelihatan mewah dengan ukirannya. Mulutnya menganga melihatkan hiasan dalaman di dalam rumah itu. Sangat ringkas dan cantik.
                “Suka ke? Rumah pakcik Alif ni walaupun rumah kayu tapi mewah kan?”
                Dayana mengangguk laju mengiyakan kata-kata lelaki di hadapannya.
                “Eh, mana anak buah Alif?”
                Dayana teringatkan tentang anak buah yang disebutkan oleh Alif tadi.
                “Dia ada dalam bilik, kejap Alif panggil dia, Yana duduk la kat sini dulu,” ujar Alif lalu menghilang ke arah bahagian rumah yang lain.
 Sambil menunggu, Dayana ralit meninjau-ninjau perhiasan yang berada di ruangan tamu itu. 15 minit sudah berlalu, kelibat Alif dan anak buahnya masih tidak kelihatan. Dayana mula menjenguk ke ruangan yang mungkin ditempatkan bilik-bilik penghuni rumah tersebut. Untuk melangkah terus ke ruangan itu, dia tidak berani. Takut mengundang kemarahan sesiapa. Penat menjenguk, Dayana berpaling untuk ke ruang tamu semula.
Namun, belum pun sempat dia melangkah, sepasang tangan sasa memeluknya dari belakang. Dayana kaget. Mulutnya ditekup kasar.
Apa yang terjadi sebenarnya? Mana Alif?
Dayana cuba meronta-ronta sekuat mungkin. Namun kudratnya tidak dapat menandingi kudrat lelaki di belakangnya. Badannya diseret terus ke salah sebuah bilik yang berada di situ. Dayana bertambah kaget. Dia mula membayangkan pelbagai kemungkinan. Yang pasti bukan kemungkinan yang baik. Air matanya mula merembes keluar. Apa yang bakal terjadi? Apa nasib dia selepas ini? Dia tidak sanggup untuk membayangkan. Ya ALLAH, bantulah hamba-Mu ini Ya ALLAH, doanya di dalam hati.
Sesampainya dia ke dalam bilik, tubuhnya dihempas kasar ke atas katil. Baru kini dia dapat melihat gerangan yang merangkulnya.
“Alif…..”
Dia masih boleh mengecam kelibat Alif walaupun matanya telah dikaburi dengan air mata.
“Alif, kenapa ni? Kenapa buat Yana macam ni? Mengucap Alif…….” Ujar Dayana mengharap Alif sedar dari nafsu haiwannya. Tanpa sebarang jawapan, Alif terus menghimpit tubuhnya. Entah dari mana kekuatannya datang, Dayana berjaya menolak tubuh Alif. Dengan sepantas yang mungkin Diyana meluru ke pintu. Namun, cubaannya gagal apabila tudungnya direntap oleh Alif. Dayana menjerit ketakutan.
Alif yang kaget dengan jeritan Dayana, menghentak kepala gadis itu ke dinding sehingga gadis itu tidak sedarkan diri. Tubuh gadis itu dihumbankan kembali ke atas katil.
Dayana membukakan matanya. Tangannya memicit-micit dahinya yang sakit cuba mengingat kembali apa yang telah terjadi. Tiba-tiba, kepalanya dibelai oleh tangan yang tidak dikenalinya. Matanya membuntang. Alif sedang membelai rambutnya dengan senyuman. Dayana cuba bangun namun badannya langsung tidak berdaya.
“Alif…” Dayana menggagahkan juga suaranya yang antara dengar atau tidak.
“Ye sayang,” jawab Alif selembut yang mungkin seperti selalu. Perasaan Dayana digigit-gigit dengan perasaan benci.
Alif kemudiannya mengusap perut Dayana pula. Dayana menepis. Tangan Alif tetap tidak beralih.
Baby dalam perut ni anak Alif tau,” ucapnya lagi. Dayana tersentap. Apa yang Alif harapkan sebenarnya?
“Gila!” Jerit Dayana. “Kau gila Alif…..”
Air mata Dayana mula mengalir lagi. Mengenangkan nasibnya yang sudah tidak suci. Andai masa dapat diundur semula.
“Memang Alif gila Yana, gilakan Yana, lepas ni takkan ada lelaki yang suka kat Yana lagi, Yana dah jadi hak Alif….”
Dayana berasa jengkel.
“Hantar Yana balik! Yana nak report polis! Hantar Yana!”
“Alif tak hairan pun Yana nak report polis, Alif boleh bawakan terus pergi balai kalau Yana nak, tapi Yana ingat, bukan Alif je yang malu nanti, Yana pun tanggung malu, Alif tak paksa Yana datang sini kan? Yana yang ikut sendiri, lebih baik Yana diam je, tak ada siapa yang tahu,
Kalau benda ni heboh pun, orang tetap akan hina Yana, bukan hina Alif je, family Yana pun akan salahkan Yana, sebab Yana ikut Alif tanpa pengetahuan family Yana kan?”
Dayana terkedu. Ada benarnya kata-kata Alif. Dia juga yang akan menanggung malu. Memang silapnya kerana terlalu mempercayai Alif. Memang silapnya kerana keluar tanpa pengetahuan keluarganya. Kesempatannya duduk di kolej digunakan untuk keluar sesuka hati. Dayana menekup mukanya. Menangis teresak-esak.
Tindakannya menolak cinta Alif dan lebih senang untuk kekal sebagai kawan mengundang dendam di hati Alif. Dayana langsung tidak sangka lelaki sebaik Alif sanggup merosakkan dirinya.
“Yana jangan risau sayang, Alif buat macam ni bukan suka-suka, Alif sayangkan Yana, Alif nak pastikan Yana hak Alif, Alif janji, Alif bertanggungjawab…..” pujuk Alif.
Dayana hanya mendiamkan diri.
Ekoran peristiwa itu, Dayana mula berubah sikap daripada seorang yang ceria kepada seorang yang murung. Alif tidak jemu-jemu bertanya khabar tentang dirinya dan tidak lupa berjanji untuk menyuntingnya sebagai isteri.
Dayana mengusap perutnya dengan perasaan bimbang dan gusar. Bagaimana kalau perbuatan Alif benar-benar meninggalkan benih di dalam tubuhnya? Tidak mungkin dia akan mendirikan rumah tangga seawal ini. Umurnya masih 18 tahun.
Haniza memandang teman sebiliknya. Dia sendiri risau dengan keadaan sahabatnya yang bersikap seperti orang hilang akal. Bercakap sendiri, tiba-tiba menangis, badan lesu. Di dalam bilik kuliah pun Dayana langsung menjadi seorang yang pendiam malah langsung tidak mahu mendekati kawan-kawan lelakinya.
“Yana….” Panggilnya lembut. Dayana masih bermenung.
“Yana!” Suaranya dikuatkan apabila panggilan pertamanya tidak mendapat respon. Dayana kelihatan tersentak. Haniza menggeleng-geleng. Dia bangun dan melabuhkan punggungnya di sebelah Dayana.
“Kenapa ni Yana?”
Dayana memandangnya lesu seperti biasa. Haniza mengeluh. Sahabatnya itu tidak ubah seperti mayat hidup.
“Yana…Yana tak sihat sikit….”
“Kalau macam tu, jom kita pergi klinik jom…” cadang Haniza tanpa berlengah. Dia tidak mahu sakit yang dialami oleh Dayana terus menerus melarat pula.
Klinik? Tak mungkin, bagaimana kalau doktor dapat mengesan apa yang terjadi pada dirinya? Dia tidak akan membiarkan perkara itu berlaku.
Dayana menggeleng. Haniza menarik nafas dalam-dalam.
“Hmmm…Ija sebenarnya tak rasa Yana jadik macam ni sebab sakit, Ija tau, mesti ada benda lain kan? Kan Yana?”
Dayana masih memandang wajahnya dengan pandangan yang kosong. Tidak dapat dinafikan wajah rakan sebiliknya itu semakin pucat.
“Ada orang nak jadikan Yana sebagai isteri dia……..”
Akhirnya berjaya juga Dayana membuka mulutnya. Dia sudah tidak mampu menanggung segala beban dihatinya seorang diri. Haniza dapat melihat jelas tubir mata Dayana yang mula menakung air.
“Kenapa ni Yana, baguslah kalau ada orang yang nak kahwin dengan Yana, kenapa Yana sedih pulak?”
Haniza semakin hairan dengan tingkah sahabatnya.
“Yana tak suka dia?”
Diyana mengangguk.
“Yana cakap elok-elok dengan dia yang Yana tiada hati dengan dia, senang kan?”
“Memang itu yang Yana nak beritahu dia tapi…”
Kerutan Haniza semakin hebat. Tidak faham dengan penerangan Dayana yang tersekat-sekat.
“Tapi apa?”
“Dia buat Yana…..”
Mulut Haniza terbuka luas. Dia bagai dapat meneka apa yang dimaksudkan oleh Dayana. Dayana mula menangis teresak-esak. Dia memeluk Dayana. Rambut sahabatnya diusap lembut.
“Sabar Yana, tak apa, Yana menangis dulu, dah okay cerita kat Ija ye, jangan simpan sendiri, Ija ada…” pujuk Haniza. Dia sendiri berasa sebak. Walaupun dia masih tidak tahu pokok pangkal cerita sebenar, dia bagai dapat merasa kesedihan yang dialami oleh Dayana.
Sebaik sahaja Dayana beransur tenang. Gadis itu menceritakan segala-galanya kepada Haniza. Haniza hanya mampu mengucap. Masih wujud manusia yang tidak menggunakan akal. Perasaan marah menyelubungi hatinya.
“Suka-suka dia je buat anak orang macam tu, lelaki tu lah nak jadikan kau isteri, Yana?”
Dayana mengangguk.
“Apa yang patut aku buat Yana?” ujar Dayana dalam sendu.
“Aku nasihatkan tak payah……! Cara dia dapatkan kau dah tak betul, macam orang gila, kau nak lelaki gila macam tu jadi laki kau?”
Tiada lagi kesopanan pada nada suara Haniza. Entah siapa gerangan lelaki yang disebutkan tetapi dia cukup benci dengan lelaki yang langsung tidak menghormati wanita. Sewenangnya melakukan sesuka hati.
Dayana buntu. Tiada lelaki lain lagi yang lebih layak bertanggungjawab ke atas dirinya selain daripada Alif. Amat mustahil baginya untuk meneruskan hidup dalam keadaan ternoda. Mungkinkah bunuh diri jawapannya? Tidak, itu bukan penyelesaian. Tegak bulu romanya bila memikirkan itu.
“Ija, kalau Yana tolak dia, siapa lagi yang akan terima Yana, bekas orang ni….?” Soalnya dalam nada sayu. Hatinya sebak.
Haniza terperanjat dengan kenyataan Dayana. Dia tahu, sahabatnya sudah mula merasa jijik dengan dirinya sendiri bukan seperti sesetengah orang yang lebih berbangga dengan keadaan diri mereka yang disengajakan.
“Yana jangan fikir macam tu, jodoh pertemuan di tangan tuhan Yana, pilih suami ni kena betul-betul, bukan main rembat je, perkahwinan ni bukan untuk sehari dua Yana, untuk seumur hidup kalau diizinkan ALLAH..”
Deringan telefon bimbit Dayana menghentikan perbualan mereka. Kedua-dua pasang mata tertancap pada telefon bimbit Nokia Express yang menjerit lantang. Tertera nama Alif di skrin telefon. Lambat-lambat tangan Dayana untuk mencapai telefon bimbitnya. Dia tidak mempunyai hati untuk menjawab panggilan lelaki itu buat masa sekarang. Semua yang dirasakannya cukup pahit disebabkan lelaki itu.
Haniza dengan pantas merembat telefon bimbit itu lalu menekan butang jawab.
“Hem..nak cakap dengan siapa?” Keras suara Haniza.
Alif terkedu. Siapa gerangan yang menjawab panggilannya.
“Dayana ada?”
“Dayana dah mati!”
Talian dimatikan. Alif mati akal. Bingung dengan apa yang terjadi. Dia sekali lagi cuba mendail nombor Dayana namun gagal. Telefon telah dimatikan.
“Biar aku simpan sim ni, biar lelaki tu tak dapat contact kau lagi,” ujarnya seraya mengeluarkan sim card daripada telefon bimbit sahabatnya. Dayana hanya memandang tanpa melawan. Dia sudah tidak kuasa untuk berfikir. Fikirannya bercelaru.
Haniza mengeluarkan dompetnya lalu mengeluarkan sim card miliknya yang selama ini disimpan. Tanpa disuruh, Haniza memasang  sim card itu pada telefon bimbit Dayana.
“Kau pakai nombor aku ni, sim ni pun aku baru beli, kredit pun ada lagi tu,” ujarnya sambil memulangkan telefon bimbit ke dalam tangan pemiliknya yang lesu.
“Apa yang aku buat ni untuk kebaikan kau, tolong jauhkan diri dari lelaki macam tu, aku risau kau jadi permainan dia je,” sambungnya lagi.
Dayana memandang kosong wajahnya. Gadis itu masih tidak dapat menentukan tindakan mana yang lebih rasional. Ibarat diluah mati bapak, ditelan mati emak.



Dayana tersentak dari lamunan. Memori pahitnya terimbau kembali. Secara tidak sengaja air matanya mengalir walaupun tidak sederas dulu. Dia cuba menerima keadaannya. Dia bersyukur masih ada insan yang sedia menerima kekurangannya. Terima kasih Anas Hakimi. Lelaki itu memang patut disayangi.
                Kalau diikutkan hati, dia memang tidak mahu memaafkan kedurjanaan Alif tetapi memandangkan Alif telah pergi meninggalkan dunia. Dayana perlu melembutkan hatinya. Manusia mana yang tidak lari daripada kesilapan. Sesungguhnya dia tidak layak untuk bersikap angkuh untuk tidak memaafkan insan yang lain. Sesungguhnya dia hanyalah seorang hamba. Semoga Alif mendapat keampunan daripada yang ESA.





               


Wednesday, 2 October 2013

BAB 2 - RAHASIA CINTA

Tangan Dayana ligat meneroka laman sosial Facebooknya. Laman sosial itu telah menjadi kegilaannya semenjak dia di tingkatan enam lagi. Beberapa keping gambar yang telah ditandakan dengan namanya ditatap satu persatu.
                ‘Ish dia orang nih, gambar yang hodoh ni la nak tag-tag,’ rungut hatinya tidak puas hati.
                Tiba-tiba hatinya terdetik sesuatu. Kata-kata Adira masih terngiang-ngiang di telinganya. Pantas sahaja jarinya menaip sebaris nama di kotak pencarian.
Azura
                Hatinya berdebar tanpa diminta. Rasa ingin muntah pun ada. Terlalu berdebar. Lambat-lambat skrinnya bertukar kepada profil seorang gadis yang sebenarnya dia tidak kenali. Entah bila gadis itu menjadi rakan facebook miliknya. Dia hanya mengenali gadis itu sebagai kekasih Izzat. Sakit hatinya bila mengenangkan perkara itu. Jelas terpampang nama dan gambar Izzat Azmir pada status hubungan yang terletak di sebelah kiri profil. Hatinya seperti diramas-ramas rasanya tetapi air matanya tidak lagi murah seperti dulu. Mudah sahaja tumpah bila mengenangkan hakikat itu.
                Walaupun hatinya dilanda debar yang hebat, Dayana memberanikan diri membaca wall post yang ditinggalkan di dinding profil gadis tersebut. Matanya tertancap pada pesanan yang ditinggalkan oleh Izzat.
R.I.N.D.U
                Sayang, kata-kata keramat itu bukan lagi untuknya.
                Tanpa diminta, tangannya pantas sahaja menghalakan tetikus pada nama Izzat Azmir. Dengan sekali klik, profil berubah kepada profil lelaki itu. Malangnya, profil itu diprivasikan. Hanya rakan-rakan facebook Izzat yang boleh melihat maklumat yang terdapat di dalamnya termasuklah gambar. Dayana mengeluh. Dapat tengok gambar profil pun jadilah. Bukan salah sesiapa, dia sendiri yang membuang lelaki itu dari senarai rakan facebooknya.
                Jauh di sudut hati betapa dia sangat rindukan lelaki itu. Walau bagaimanapun, dia redha dengan perpisahan ini kerana terselit hikmah yang sangat besar nilainya. Terlalu banyak khilaf yang berlaku sekiranya dia masih bersama lelaki itu. Mereka sewenang-wenangnya lupa akan batas-batas yang telah ditetapkan oleh agama. Hatinya dicuit rasa syukur.
                Tuhan itu maha pemurah. Sedang dia dirundung kepiluan, tuhan telah menemukannya dengan jejaka yang sedikit sebanyak mampu mengubati hatinya. Cuma hatinya sedikit gusar dengan perasaan dia yang sebenar pada lelaki itu. Benar-benar sayang ataupun hanya berpura-pura sayang. Tanpa membuang masa, jarinya menaip nama yang baru di kotak pencarian.
Anas Hakimi
               
Terbentuk senyuman halus dibibirnya. Album gambar di buka satu persatu. Buah hatinya yang ini cukup suka meletakkan gambarnya pada zaman kanak-kanak berbanding gambarnya yang terkini. Dayana tidak dapat menafikan terselit rasa rindu dihatinya untuk lelaki itu tetapi tidak sehebat rindunya terhadap Izzat. Mungkin disebabkan dia hanya pernah bertemu dengan lelaki itu sekali sahaja selama mereka berkenalan dan pertemuan itu merupakan titik permulaan perkenalan mereka. Kemudian hubungan itu terbiar sepi hinggalah untuk beberapa tahun tanpa khabar berita.
                Tanpa dijangka, Anas muncul semula untuk meraih cintanya. Disaat dia kecewa dengan pemergian Izzat. Namun, kehadiran Anas langsung tidak dapat memadamkan perasaannya terhadap Izzat.
                Entah mengapa dia tidak dapat menghapuskan harapannya untuk bersama dengan Izzat sepenuhnya. Hati kecilnya masih mengharapkan Izzat menjadi teman hidupnya memandangkan takdir itu tuhan yang menentukannya bukan manusia. Kegagalan hatinya membuang perasaannya terhadap Izzat menimbulkan perasaan bersalahnya terhadap Anas.
                Dia perlu belajar menyayangi Anas kerana lelaki itu sangat tulus menyayanginya. Anas berhak untuk dicintai. Lelaki itu rela menerima dirinya yang serba kekurangan kerana bagi lelaki itu, perkara yang berlalu biarkan berlalu, apa yang penting ialah masa depan. Dalam diam, Dayana menyimpan azam untuk membahagiakan lelaki itu.
                Mungkin disebabkan pengalaman yang lepaslah, Anas tidak lagi menaruh harapan yang menggunung terhadap insan yang bergelar perempuan. Dia selalu menyatakan, jodoh itu di tangan tuhan. Sayangilah dirinya kerana ALLAH S.W.T. Mendengarkan itu sahaja cukup membuatkan hati Dayana berasa sangat terharu. Memang Anas tidak setampan Izzat tetapi sikap lelaki itu cukup membuatkan dirinya berasa di awang-awangan.
                Dayana menutup laptop kesayangannya. Jauh dia mengelamun. Wajah Izzat menjelma lagi. Dia semakin tidak faham dengan hatinya. kenapa lelaki itu? Kenapa? Dayana sebenarnya sudah penat melayan perasaannya yang tidak kesampaian itu. Lantas dia menyembamkan mukanya ke bantal. Mengharapkan tindakannya itu dapat melenyapkan bayangan lelaki itu serta-merta namun hampa.

***

Dayana mencari-cari kelibat kereta seperti yang diberitahu. Sesekali, dia mengibas-ngibas tudung sekolahnya. Cuaca terik memeritkan kulit mukanya. Dayana sudah hilang sabar. Telefon yang digenggamnya sedari tadi ditekan pantas. Mencari-cari nombor telefon insan yang ditunggu. Belum pun sempat Dayana menekan butang panggil, telefonnya bergetar menandakan panggilan masuk. Butang jawab ditekan tanpa berfikir panjang.
                “Hello…” Suara Diyana langsung tidak menunjukkan kelembutan.
                “Hello Yana, Yana ada kat mana?”
                “Yana kat mana? Yana dah lama tercegat kat sini tunggu Iz tau, janji pukul berapa, sekarang pukul berapa?” Soal Dayana bertalu-talu. Marah sungguh gayanya. Izzat terkelu mendengarkan suara Dayana yang tiada kemesraan seperti selalu.
                “Maaflah Yana, last minute tadi Iz ada kerja sikit, Yana ada kat mana ni? Iz tak nampak, Iz ada kat lot parking nih,” ucap Izzat dengan nada memujuk.
                “Lot parking kat mana?” soal Dayana dengan suara yang mula mengendur. Izzat lega apabila Dayana sudah beransur tenang.
                “Dekat depan cyber café yang baru bukak ni…” terang Izzat. Dayana mengangguk-angguk sambil matanya melilau-lilau mencari tempat yang dimaksudkan oleh Izzat.
                “Yana pergi sana,” ucap Dayana pendek lalu mematikan talian.
 Langkahnya pantas menuju tempat parkir yang diberitahu oleh Izzat. Dari kejauhan dia boleh mengecam kereta milik Izzat yang terparkir di hadapan Cyber Café. Net. Pintu kereta Viva berwarna violet itu dibuka lembut. Kelihatan Izzat memandangnya dengan penuh mesra. Dayana terpaku seketika memandang wajah Izzat yang tersenyum manis memandangnya. Dayana tidak teragak-agak membalas senyuman lelaki itu walaupun sebentar tadi dia cukup bengang atas kelewatan lelaki itu.
Dayana pantas melabuhkan punggungnya di sebelah tempat duduk pemandu. Segar rasanya apabila terasa hembusan pendingin hawa. Dayana memejamkan matanya. Tidur pun sedap ni. Izzat sekadar memandang tingkah Dayana yang terus berdiam diri melayan penatnya. Dia hanya membiarkan Dayana berehat sambil mula memandu keretanya meninggalkan tempat tersebut.
                Kereta mereka betul-betul berhenti di hadapan rumah sewa Izzat yang terletak agak tersorok. Suasana sekeliling sunyi sepi. Hati Dayana berdebar kencang. Izzat memandangnya. Dayana menelan liur.
                “Iz tak ada kunci nak masuk rumahlah, kunci kat kawan Iz, sepatutnya dia dah sampai…” keluh Izzat sambil merenung jam di tangannya. Dayana hanya memerhatikan gelagat Izzat sambil tangannya meraba-raba untuk membuka tali pinggang keledarnya. Secara tidak sengaja tangan Dayana tersentuh tangan Izzat yang kebetulan ingin menarik brek tangannya. Cepat-cepat gadis itu menarik tangannya. Wajahnya disembunyikan. Perasaan aneh menerpa.
                Izzat memerhatikan gelagat Dayana. Jantungnya juga berdegup kencang. Tangan gadis itu ditarik dan digenggamnya tanpa segan silu. Dia tahu apa yang dilakukannya salah sama sekali. Dia tiada hak untuk menyentuh gadis itu tetapi dia tidak dapat mengawal hatinya. Dayana hanya memandang.
                “Yana…”
Dayana memandang wajah Izzat yang merenungnya tajam. Debaran di dadanya bertambah kencang. Tanpa berfikir rasional, kucupan halus singgah ke pipi gadis itu. Dayana hanya merelakan malah matanya dipejam rapat. Dia dapat rasakan bibir Izzat berpindah ke bibirnya. Keadaan itu berlarutan sehinggalah kereta mereka dihon dari belakang. Izzat dan Dayana segera menghentikan perbuatan mereka.
                Kelihatan sebuah kereta Honda hitam berhenti di belakang kereta mereka. Dayana mula gelabah.
                “Iz, siapa tu Iz?” Tanya Dayana dalam suara getarnya.
                “Em…kawan Iz…..” Izzat sedikit geram kerana keinginannya seolah-olah terbantut. Matanya masih tidak berhenti memandang Dayana yang mula kalut.
                “Rilek la Yana, kawan Iz tu pun nak ambik barang dia kat rumah sewa ni, tinggal dia dengan Iz je tak ambik barang lagi…” terang Izzat untuk mengurangkan kegusaran di hati Dayana. Pipi Dayana dicubit lembut. Akhirnya Dayana tersenyum memandang Izzat.
                “Dialah yang pegang kunci rumah…” sambungnya lagi.
                Kelihatan seorang lelaki tinggi lampai dan berkulit cerah melangkah keluar daripada perut kereta dengan senyuman yang melebar hingga ke telinga. Izzat segera keluar daripada kereta.
                “Lambat gila kau datang,” sapa Izzat setelah berjabat tangan dengan sahabatnya. Sapaan Izzat dibalas dengan senyuman penuh makna.
                “Saja nak bagi kau peluang melepaskan rindu, hehe,” ujar Aslan penuh makna. Keningnya dinaikkan sambil matanya menyorot ke arah Dayana. Dayana cepat-cepat memalingkan mukanya. Berkira-kira andainya sahabat Izzat nampak perlakuan mereka.
                “Siapa tu?” Soal Aslan pantas sambil matanya tidak lepas merenung gadis yang bersama sahabatnya itu. Sahabatnya Izzat bukan seorang lelaki yang mudah rapat dengan mana-mana perempuan. Berbeza dengan dirinya yang cukup sinonim dengan panggilan player. Mesti gadis yang dibawa oleh Izzat itu sangat istimewa bagi sahabatnya.
                “Kawan baik aku..” jawab Izzat telus. Dayana tersentak. Ya, mereka memang kawan baik. Sepatutnya dia tidak perlu berasa terkejut seperti itu.
                “Kawan baik ke awek……..”
Serkap Aslan dengan senyuman sinis.
                “Kau tak caya? Tanya dia sendiri.”
                “Aku tanya ni….” Ugut Aslan sambil menghampiri pintu bahagian pemandu yang masih terbuka. Jantung Dayana berdegup laju dengan kerenah yang ditunjukkan oleh Aslan. Dia langsung tidak menyangka Aslan terlalu beria untuk mengetahui perkara duduk yang sebenar.
                “Tanyalah…” ucap Izzat endah tidak endah malas untuk melayan keletah sahabatnya yang memang hyperactive itu.
                Serta-merta Aslan menjengulkan kepalanya ke dalam kereta dan memandang tepat wajah Dayana. Matanya membulat.
                “Pergh, comel…”
                Dayana pantas memalingkan wajahnya. Wajahnya berasa panas dipuji begitu.
                “Kau awek Iz kan…..” soal Aslan yang langsung tidak berbentuk soalan.
                “Bukanlah, kita orang kawan baik je,” jawab Dayana tanpa melihat wajah lelaki itu. Aslan menunjukkan muka tidak puas hati dengan jawapan gadis itu. Masih tepat memandang Dayana. Dayana pula hanya mampu melarikan wajahnya.
                Timbul perasaan sebak di hati Dayana. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia perlu rasa sebak. Kehadiran Izzat dalam hidupnya sekadar untuk dijadikan teman untuk menghilangkan rasa sunyinya. Dia pada asalnya langsung tidak mempunyai perasaan untuk menjadikan Izzat lebih dari seorang kawan.
                Begitu juga Izzat. Mereka hanya berkawan. Hanya kawan. Hanya baru-baru ini perasaannya seolah-olah terumbang ambing. Keliru dengan kehendak hatinya. Lebih-lebih lagi, sikap Izzat yang mula melayannya melebihi layanan yang patut diterima oleh seorang kawan. Mesej-mesej Izzat mula dipenuhi dengan ayat-ayat yang romantis. Betapa setiap hari lelaki itu menyampaikan rasa rindunya melalui SMS dan panggilan.
                Hatinya mula tertanya-tanya andainya lelaki itu mempunyai perasaan terhadapnya. Jika ya, apa yang patut dia lakukan sedangkan hatinya sudah berjanji hanya akan menjadikan lelaki itu sebagai kawan seumur hidupnya. Best Friends Forever.
                Dayana mengelamun sambil menanti Izzat selesai mengangkut barang-barang miliknya ke dalam kereta. Kalau diikutkan hati, Dayana ingin membantu Izzat mengangkut barang tetapi hasratnya terbantut kerana Aslan tidak berhenti-henti mengusiknya.