tag:blogger.com,1999:blog-3492647994111381962024-03-22T11:45:38.157+08:00KARYA pinky MANISdariilhamkehatihttp://www.blogger.com/profile/07075425026455154737noreply@blogger.comBlogger11125tag:blogger.com,1999:blog-349264799411138196.post-1489817232049541202014-01-07T02:50:00.002+08:002014-01-07T02:50:37.226+08:00BAB 6 - RAHASIA CINTA

Dayana masih mengemas-ngemas ruang biliknya. Akhirnya
semester baru telah bermula maka bermulalah episod baru pengajiannya. Dia
berharap prestasinya pada kali ini akan bertambah baik berbanding semester
lepas.

Ganbatte!

Seperti
kebiasaan, di awal-awal semester semangatnya akan berkobar-kobar dan selalunya
semangat itu tidak akan kekal sepanjang semester. Dia harap semester kali ini
akan menjadi luar biasa. Setelah pasti biliknya telah sempurna dikemaskan,
Dayana berbaring lega sambil matanya memandang ke arah katil bakal rakan
sebiliknya yang masih kosong. Siapalah agaknya bakal rakan sebiliknya, baikkah
orangnya, cerewetkah, menyakitkan hatikah? Biar siapa pun orangnya, dia tetap
berasa teruja.

Berbeza
dengan sahabat yang lain, Dayana tidak kalut untuk memilih rakan serumah
mahupun sebilik. Ramai sahabatnya merayu untuk ditempatkan sekali dengan
sahabat-sahabat yang mereka kenali sahaja. Sedangkan bagi Dayana, dia lebih
senang berkenalan dengan rakan serumah yang baru. Lebih menyeronokkan.

Tiba-tiba
pintu bilik dikuak perlahan. Dayana agak terperanjat.

“Assalamualaikum…”
lembut suara memberi salam. Muncul seorang gadis bertudung labuh persis seorang
ustazah.

“Waalaikumussalam…”
jawab Dayana dengan senyuman lebar. Wah, muslimah.

Dayana
berasa teruja. Inilah kali pertama dia dapat sebilik dengan seorang muslimah
seperti ini. Dayana tidak henti-henti memerhatikan gadis itu berkemas.

“Anta
dah lama sampai?” ujar gadis itu memulakan bicara agaknya kurang senang dengan
pandangan Dayana yang tidak henti-henti memerhatikannya.

“Tak
ada lah lama, baru jugak. Orang mana?” soalnya lancar. Dia meneka mungkin gadis
itu merupakan orang Terengganu mahupun Kelantan. Kebanyakan gadis berimej
muslimah yang dia kenali kebanyakannya datang dari dua buah negeri berkenaan.

“Orang
Johor…”

Dayana
menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Jelas sekali telahannya tidak tepat.
Gadis itu masih tersenyum lembut melihatkan telatah Dayana yang tidak senang
duduk.

“Anta
orang mana?” soal gadis itu pula.

“Saya
orang sini jugak, orang Perak. Satu daerah je dengan U kita ni,” jawab Dayana
panjang lebar walaupun jawapan yang sepatutnya tidak perlu dijawab selengkap
itu.

“Rumah
anta dekat jelah. Baguslah, senang nak balik kan?” ujar gadis itu semula yang
semakin menunjukkan keramahan berbeza dengan sikapnya seawal perkenalan tadi.

“Tau
tak apa. Kita ni bercakap punya bercakap nama tak tau pun, siapa nama kamu?
Umur?” soal Dayana apabila menyedari dia masih tidak tahu nama dan umur sahabat
barunya.

“Maizatul
Akma, 24 tahun. Anta?” soalnya kembali.

“Nordayana,
22 tahun. Panggil je Yana. Nak panggil apa ya?”

“Oh,
muda lagi. Panggil je kak Akma,” ujarnya. Dayana tersenyum riang. Sikap sahabat
barunya ternyata sangat menyenangkannya.

“Okay, kak Akma.”

Kemudian
Dayana hanya mendiamkan diri memerhatikan gelagat Akma yang sedang mengemas
barang. Dia ingin membantu tetapi dihalang sekeras-kerasnya. Akhirnya dia
beralah.

Dayana memeriksa beg tangannya mencari-cari telefonnya
tetapi hampa. Ke mana perginya? Mungkin ke tercicir? Dayana sudah tidak sedap
hati.

“Cari
apa?” soal Shahila, bekas roommate
Dayana semasa di semester pertama. Dia rimas dengan perlakuan Dayana yang
kelihatan kalut mencari-cari sesuatu dalam beg tangannya.

“Phone Yana. Tak jumpa pulak. Tolong missed call kejap,” minta Dayana separuh
merayu. Hatinya mula berdegup kencang. Shahila lantas mengeluarkan telefonnya
lalu mendail nombor Dayana. Beberapa minit telah berlalu tidak kedengaran
sebarang deringan pun.

“Kamu
tinggal kat rumah ni Yana. Kamu kan suka tertinggal phone kat rumah,” ujar Shahila yang sudah faham benar dengan sikap
Dayana yang agak cuai menjaga barangnya. Dayana bermenung seketika memikirkan
rasional kata-kata Shahila sambil cuba mengingatkan di mana kali terakhir dia
menggunakan telefonnya.

Dayana
menepuk dahinya. Ya, memang dia tertinggalkan telefonnya di rumah.

“Ha?
Kenapa? Betulkan tertinggal kat rumah?” soal Shahila bertalu-talu. Dia pun
ingin tahu andai telahannya betul. Dayana mengangguk tanpa kata segan dengan
kelalaiannya sendiri. Shahila menggelengkan kepala.

Berakhir
sahaja kuliah yang terakhir, Dayana terus bergegas pulang ke rumah. Dia tidak
dapat menafikan hatinya masih berasa tidak sedap selagi tidak dapat melihat telefonnya
dengan mata kepalanya sendiri. Sesampai sahaja di rumah, Dayana pantas membuka
lacinya. Huh! Lega!

Telefon
bimbitnya masih berada di situ. Dayana
lantas menilik skrin telefonnya andai terdapat sebarang mesej mahupun panggilan
tidak dijawab. Niatnya untuk membaca mesej dan melihat gerangan yang
menelefonnya terbatal serta-merta apabila matanya tertancap pada aplikasi jam
di skrin telefonnya. Jam sudah menunjukkan pukul 6.30 petang sedangkan dia
masih belum menunaikan solat Asar. Dia kemudiannya bergegas ke bilik air untuk
mengambil air wuduk. Dia tidak mahu melengahkan lagi memandangkan masa sudah
semakin suntuk. Jika dia melengahkan solatnya, alamatnya terlepas waktulah
jawabnya. Selesai sahaja solat, Dayana terus mendapatkan telefon bimbitnya.
Semua mesej dan panggilan masuk datang daripada nombor yang sama. Nombor yang
tiada dalam senarai kenalannya tetapi cukup dikenalinya. Suatu masa dahulu,
nombor itu telah dipadamkan dari senarai kenalannya dan berharap nombor itu
tidak kekal dalam ingatannya tetapi sayang fikirannya tidak mengikut kata
hatinya. Nombor itu tetap terpahat dalam ingatannya seperti mana ingatannya
terhadap empunya nombor tersebut.

Dengan
tangan yang terketar-ketar Dayana membuka mesej pertama yang diterima.

Yana, Iz ada dekat tempat Yana ni, Iz nak jumpa Yana. Kejap pun
jadilah. Kebetulan Iz keluar beli tiket hari ni. Esok Iz dah nak bertolak ke
KL. Iz kerja kat sana.<o:p></o:p>

Dayana
menekup mulut. Hatinya pun cukup meronta-ronta untuk bertemu dengan Izzat. Namun,
hatinya juga dibelenggu oleh pelbagai persoalan. Apa mimpi Izzat untuk berjumpa
dengannya? Rindu ke? Atau hanya ingin melampiaskan nafsunya? Dayana memejamkan
mata rapat. Dia tidak dapat membuang prasangka negatifnya terhadap Izzat. Dia langsung
tidak dapat meneka isi hati sebenar lelaki itu.

Dayana
terus beralih pada mesej yang kedua.

Yana? Kenapa Yana tak jawab?<o:p></o:p>

Dan
akhirnya dia membuka mesej yang terakhir.

Yana? Hm…..<o:p></o:p>

Mesej
yang terakhir jelas menggambarkan kekecewaan Izzat sama seperti hatinya yang
turut kecewa. Kenapa baru hari ini dia mendapat mesej Izzat? Kenapa mesti pada waktu
dia tertinggalkan telefonnya? Dayana menyembamkan wajahnya di bantal. Sebal.

Setelah
perasaannya sedikit tenang. Dia bangun semula. Tidak patut sebenarnya dia
bersikap begitu. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Dayana beristighfar.
Dia memeriksa telefonnya sekali lagi. Terdapat 15 panggilan tidak dijawab
daripada Izzat. Argh, rindunya.

Dayana
merenung skrin telefonnya lama. Hatinya berbelah bahagi untuk menelefon Izzat
semula. Nombor Izzat ditekan dan ibu jarinya sudah bersedia di butang dail.
Mampukah dia merendahkan egonya untuk menghubungi Izzat? Hatinya masih berbelah
bahagi.

Akhirnya
nombor Izzat didail. Bukan dia yang memulakan dulu, Izzat yang mencarinya
terlebih dahulu. Dayana menunggu panggilannya diangkat dengan penuh debar.

Izzat
memandang skrin telefon bimbitnya. Panggilan daripada Dayana. Dadanya berombak
kencang. Lama dia merenung skrin telefon bimbitnya. Akhirnya, panggilan itu diangkat.

“Hello.”
Kedengaran garau suara di hujung talian. Dayana berasa gembira tatkala
mendengarkan suara Izzat yang sudah lama tidak didengarnya sambil menahan
debaran yang semakin menggila.

“Kenapa
carik Yana?” dia dapat merasakan suaranya sendiri kedengaran janggal. Tangan
kirinya melekap ke dada. Degupan jantungnya semakin tidak dapat dikawal.

Izzat
kecewa mendengarkan suara Dayana yang langsung tidak ceria. Adakah Dayana masih
terasa hati? Bukankah gadis itu sudah ada pengganti?

“Iz
saja contact Yana. Kot Yana nak jumpa
Iz. Tapi kalau tak boleh tak apalah,” tutur Izzat sebiasa yang mungkin. Dia
perlu menutup perasaan terujanya sebelum ini untuk berjumpa dengan Dayana.
Sebenarnya dia sangat merindukan gadis itu, rindu yang tidak dapat ditafsirkan
dengan kata-kata.

Dayana
kecewa mendengarkan nada Izzat yang acuh tidak acuh sahaja. Nampaknya hanya dia
sahaja begitu teruja untuk berjumpa dengan Izzat sedangkan lelaki itu
biasa-biasa sahaja.

“Oh,
tak apalah. Yana pun tak kisah. Just tanya
kot ada perkara yang penting. Kalau tak ada perkara yang penting. Tak jumpa pun
tak apa. Yana kat sini sibuk……” ujar Dayana cuba mempertahankan egonya. Tidak
sangka dia tertipu sekali lagi dengan Izzat. Sekali lagi lelaki itu cuba
mempermainkan perasaannya. Dia menyangka lelaki itu merindukannya tetapi sayang
lelaki itu hanya ingin membuai perasaannya tanpa tujuan. Air matanya sudah
menanti di tubir mata.

“Yana
sibuk? Hm..Iz faham. Sorry kalau Iz
ganggu Yana. Hm…” Izzat kelu. Hatinya hiba mendengarkan suara gadis itu yang
tersangat dingin. Sedihnya tidak terkata. Dia merindukan Dayana yang riang
melayannya. Kalau tidak kerana ego lelakinya, dia ingin merayu pada Dayana
untuk berubah menjadi seperti dulu. Tetapi layakkah dia, bukankah dia yang
menyebabkan gadis itu bersikap seperti itu.

“Okay, kalau tak ada apa-apa, Yana letak
dululah. Assalamualaikum,” ucap Dayana sebak. Lidahnya kelu. Tidak tahu apa
yang perlu diucapkan lagi, yang pasti hatinya diselubungi kekecewaan.

“Waalaikumussalam….”
Izzat termangu. Talian dimatikan serta-merta sebaik sahaja dia membalas salam. Itu
sahajakah perbualan mereka? Benci sangatkah Dayana terhadap dirinya sehingga
tidak sudi untuk berbual lebih lama.

Dayana
berbaring sambil mengesat air matanya. Begitu mudah air matanya gugur untuk
lelaki tak guna seperti Izzat.

‘Iz…sampai bila Iz nak permainkan
perasaan Yana, sejauh mana lagi Iz nak uji Yana,’ desis hatinya yang pilu.
Dayana juga sudah naik bosan dengan kedegilan hatinya yang begitu tega
mengekalkan ruang untuk Izzat. Sampai bila dia harus mengenang lelaki itu.
Sampai bila?

Bab sebelum ini:

BAB 1 - RAHASIA CINTA

BAB 2 - RAHASIA CINTA

BAB 3 - RAHASIA CINTA

BAB 4 - RAHASIA CINTA

BAB 5 - RAHASIA CINTA

dariilhamkehatihttp://www.blogger.com/profile/07075425026455154737noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-349264799411138196.post-24209754558693985502013-10-25T00:36:00.000+08:002013-10-25T00:36:26.522+08:00BAB 5 - RAHASIA CINTA

Anas memandang sepi telefonnya. Panggilan daripada Dayana
dibiarkan tanpa diangkat. Dia perlu menjaga hubungan ini supaya sentiasa dalam
barakah-Nya. Tidak dapat dinafikan, dia juga sangat merindukan gadis itu.
Suaranya, wajahnya, sikap periangnya. Rasanya sudah bertahun-tahun dia tidak
bertemu dengan Dayana. Bagaimanalah rupanya jika berhadapan.

'Maafkan
Anas, Yana, ungkapnya di dalam hati.

Dia
memang telah tekad untuk mengambil Dayana sebagai permaisuri hatinya. Segala
kisah hidup Dayana dia sudah sedia maklum dan dia tidak kisah langsung dengan
apa yang telah terjadi pada hidup Dayana. Apa yang dia sedang lakukan kini
hanyalah semata-mata untuk menjaga batas-batas di antara dia dan Dayana.
Biarlah kemanisan berpasangan itu dia nikmati selepas alam perkahwinan nanti.

Dia
sangat berharap Dayana memahaminya kerana dia amat pasti apa yang dia lakukan
amat berisiko. Bila-bila masa sahaja Dayana boleh menyalahtafsirkan niatnya.

Perkara
yang paling penting yang perlu dia fikirkan sekarang ialah pekerjaan. Sehingga
kini dia masih gagal untuk mendapatkan sebarang pekerjaan. Dia sendiri tidak
sangka bagaimana dia boleh dibuang kerja semata-mata tidak datang bekerja
selama dua hari berturut-turut sedangkan dia telah memaklumkan
ketidakhadirannya kepada pengurusnya. Dia meneka pasti ada insan yang menabur
fitnah terhadapnya.

Dayana
pula bakal menghabiskan pengajiannya 3 tahun sahaja lagi. Masakan dia masih
mahu mendiamkan diri, dia perlu segera melengkapkan segala-galanya termasuklah
kewangan untuk menyunting Dayana sebagai isterinya.

Kadang-kadang
timbul pelbagai persoalan menyesakkan benaknya. Layakkah dia bergandingan
dengan Dayana yang merupakan seorang penuntut universiti sedangkan dia hanyalah
lepasan politeknik semata-mata. Persoalan itu sering juga dia ajukan kepada
Dayana. Namun, jawapan gadis itu tetap sama setiap kali soalan itu diajukan.
Apa yang gadis itu cari bukannya pangkat atau harta tetapi sekeping hati yang
ikhlas dan menerimanya seadanya, dan yang paling penting sekali, Dayana inginkan
lelaki yang sangat mementingkan agamanya.

Anas
mengakui, walaupun Dayana 5 tahun lebih muda darinya, gadis itu jelas memiliki
perwatakan yang matang. Sentiasa bijak dalam menguruskan hidupnya. Mungkin
kelebihan itu diperoleh hasil daripada pengalaman silamnya. Mungkin.

Perkenalannya
dengan Dayana bermula semenjak Dayana masih bersekolah lagi. Pertemuan mereka
bermula di temasya sukan kebangsaan. Semenjak itu mereka meneruskan hubungan
mereka secara maya, kemudian mereka bertukar nombor telefon dan akhirnya
hubungan mereka terbiar sepi tanpa khabar berita sehinggalah perkenalan mereka
bermula semula apabila dia berjaya menjejaki gadis itu di laman facebook.

Ketika
itu dia sudah pun mempunyai kekasih hati, malangnya, dia hanya dipermainkan.
Hatinya hancur luluh dan Dayanalah tempat dia mengadu. Gadis itu cukup pandai
menghiburkan hatinya dan sikap ambil berat gadis itu berjaya mencuri hatinya.

Suatu
hari, dia mengumpulkan kekuatan untuk menyampaikan perasaannya. Dia tidak mahu
bertindak lambat, jika tidak dia akan terlepas gadis sebaik Dayana. Dayana
merupakan pilihan yang tepat untuk dijadikan sebagai isteri. Umurnya juga bukan
semakin lama semakin muda, sudah sampai masanya dia memikirkan masa depannya
dengan lebih serius.

Pada
awal luahannya, Dayana menolaknya bulat-bulat tanpa berfikir panjang. Namun,
Anas tidak putus asa. Dia usahakan juga untuk melembutkan hati Dayana supaya
menerimanya. Akhirnya, barulah dia tahu mengapa gadis itu bermain tarik tali
dengannya. Dalam keceriaannya, gadis itu menyimpan kenangan silam yang cukup
pahit.

Dia
sendiri pun pada awalnya bagai tidak percaya dengan apa yang telah diberitahu
oleh gadis itu. Walau bagaimanapun, pengakuan Dayana langsung tidak mengubah
rasa sayangnya. Dayana tetap Dayana yang dia kenal dulu.

Jauh
dia bermenung mengenangkan gadis pujaannya. Jam di dinding di jelingnya. Jam
sudah menunjukkan pukul 5.30 petang.

Alamak!

Dia teringatkan janji dengan
sahabatnya untuk bertemu di taman berdekatan. Pasti Kamal sudah pun
menunggunya. Bagaimanalah dia boleh terlupa akan janjinya untuk berjoging di
sekitar taman. Cepat-cepat dia bersiap dengan pakaian sukannya. Motosikal dihidupkan
tergesa-gesa kemudian dengan pantas meninggalkan perkarangan rumahnya.

Tidak sampai 5 minit, dia sudah pun
sampai ke taman yang dijanjikan. Kamal sudah menunggunya dengan muka yang
ketat. Anas melemparkan senyuman lalu menepuk bahu sahabatnya.

“Chill la beb! Aku baru lewat 10 minit…”

Kamal menguntumkan senyuman.

“Tau pun kau cuak….aku saja gertak
je tadi…..haha.”

“Aku tak cuak pun.”

Kedua-dua lelaki tersebut memulakan
langkah mereka dengan gelak ketawa.

“Kau apa cerita sekarang, aku
dengar dah single. Kau ni memilih
sangat..” ujar Kamal memulakan topik perbualan.

“Apa pulak memilih, kau tak tau
cerita. Kalau kau tau, kau tau la aku memilih ke tidak,” jawab Anas acuh tidak
acuh.

“Ha, elok sangat
la, alang-alang aku tak tau ni, kau beritahu la….”

“Malas la aku
Mal. Apa yang dah berlalu tu biarkan je berlalu. Malas aku nak fikir, buat
sakit kepala aku je. Dia yang aku harapkan, dia yang buat aku jadi macam orang
bodoh.”

Anas malas hendak
mengungkit cinta lamanya yang sememangnya menyakitkan hati. Silapnya juga
kerana terlalu berlembut hati. Dia menyangka kehadiran Zahira mampu mengisi
kekosongannya. Alih-alih gadis itu tidak ubah seperti buaya darat versi betina.

“Hohoho….lain
macam ayat kau sekarang ni, kau ni betul ke single?
Aku sebenarnya nak korek pasal buah hati kau yang sekarang ni. Bukan main
status kau baru-baru ni, menjiwang karat je aku tengok…Aku kenal kau bukan
sehari dua Anas, semenjak kau merangkak lagi aku dah kenal kau…” pancing Kamal.

Anas sendiri
ketawa mendengarkan ayat sahabatnya.

‘Kepala hotak kau
la dari merangkak,’ getus hatinya.

“Okay, aku jujur dengan kau lah, aku tak
ada awek tapi kalau bakal isteri aku ada. Tak main dah awek-awek ni, umur macam
kita ni Mal fikir kahwin je. Tu yang aku runsing sekarang ni Mal, kau bukan tak
tau aku ni penganggur kehormat dah sekarang ni. Kereta, rumah pun aku tak beli
lagi. Aku nak bila aku kahwin nanti semua lah dah lengkap. Bukan kahwin koboi
je.”

“Awek la tu Mal,
kau tak payah nak panjangkan cerita la. Orang mana pulak kali ni?” Soal Kamal pantas
tanpa membuang masa. Masa itu emas beb!

Tidak sangka, pantas betul sahabatnya ini dapat
pengganti sesuai dengan gelarannya selama ini, jejaka terhangat di pasaran.

“Aku tak nak
rendahkan martabat dia, awek tu bagi aku rendah kau tau. Orang mana tu aku
rahsiakan je dulu….bukan dah tentu pun dia jodoh aku. Jodoh dan pertemuan tu di
tangan tuhan Mal. Aku berserah je….. Yang paling penting! Bila aku dah confirm nanti, kau orang pertama aku
beritahu. Confirm! Kau doakan je la
jodoh aku dengan dia. Kata kawan….” ucapnya sambil menepuk-nepuk bahu rakannya.

“Kau tu jangan
cakap je, cepat betul kau dapat pengganti kan? Mentang-mentang la hot. ‘Bakal isteri’ aku sekarang ni pun
dulu peminat kau. Nasib la kau tak layan, kalau tak menganga aku.”

Sengaja Kamal
menggunakan istilah ‘bakal isteri’ untuk menggantikan perkataan ‘awek’. Dia
juga mahu ‘meninggikan martabat’ kekasihnya.

“Aku tak main lah
orang dekat-dekat ni Kamal. Nana tu satu block
dengan aku Mal. Lain lah kau perumahan lain. Tak main lah kahwin dengan
jiran-jiran ni. Pergi mengaji pun sama-sama…..haha..”

“Bukan main kau
kan, jodoh tu di tangan tuhan Anas…haha,” Kamal memulangkan paku buah keras.

“Kau nak lah aku
ngorat ‘bakal bini’ kau ni? Okay, aku
tak ada hal. Sekarang pun boleh, Nana tu tengah cuti semester sekarang ni,

Ha, tu dia tengah
berjalan dengan BFF dia. Amboi,
cantiknya bertudung merah. Siap kau! Ada yang tak jadi kahwin lepas ni…..dia
gadis bertudung merah! Haha!” ucap Anas sambil bernyanyi seraya menuding jari
ke arah gadis bertudung merah yang tidak jauh dari mereka.

“Aahlah Nana….”
Kamal terpempan. Sejak bila gadis itu turut berada di situ.

Anas melajukan
langkahnya seperti berlari marathon lagaknya sambil ketawa berdekah-dekah
menuju ke arah Nana. Kamal mengejar dari belakang sambil turut ketawa.

Nana yang
menyedari kehadiran kedua-dua lelaki itu agak terkejut. Tangan sahabatnya
dipegang erat.

“Hey! Kau orang
ni apasal berlari-lari datang kat aku ni?” jerit Nana.

Anas menyeringai
menampakkan kedua-dua gigi siungnya. Kamal sekadar menggaru-garukan kepala
sambil tersenyum sumbing.

“Kamal ni cabar
aku ngorat kau, agak-agak kalau aku ngorat kau, ada can tak?”

Kamal
mengibas-ngibaskan kedua-dua tangannya ke kiri dan ke kanan cuba membela
dirinya. Nana menjeling tajam ke arah Kamal. Kemudian, senyuman nipis terukir
di bibirnya.

“Apa pulak tak
boleh Anas, kecil tapak tangan satu perumahan ni Nana tadahkan. Hahaha,” Nana
terus melayan gurauan Anas. Seronok juga sesekali mengusik buah hatinya. Kamal
pula menelan liur risau andainya Nana benar-benar masih mengharapkan Anas.

Sedangkan bagi
Nana, kisah perasaannya terhadap Anas hanyalah kenangan lama yang sudah lama
dia lupakan. Anas kini tidak ubah seperti sahabat baiknya sahaja. Nana menahan
tawa melihatkan wajah Kamal yang kelihatan gugup.

“Nana gurau jelah
Mal. Risau sangat. Hati Nana ni cuma kat Mal sorang je….” Ucapnya sambil
mencuit hidung Kamal yang mula terkembang kempis mendengar pengakuan Nana.

“Bluek!!” Anas
lantas memberi respon seakan-akan ingin muntah. Geli-geleman mendengarkan ayat
bunga-bunga cinta yang tidak berapa mekar itu.

“Ha! Tak nak
kenalkan aku dengan kawan kau ke? Macam bukan orang sini je. Aku tak pernah
nampak dia kat area perumahan kita
ni.”

Anas mengalihkan
pandangannya ke arah sahabat Nana yang diam sedari tadi memerhatikan gelagat
mereka. Gadis itu tersipu-sipu malu tatkala Anas memandangnya. Anas hanya
tersengih-sengih nakal.

“Saya Nana
Anzalna, masih single,” ujar Nana
masih ingin meneruskan gurau. Kamal menyiku lengan Nana yang tidak henti-henti
ingin mengusiknya. Tindakan Kamal menghamburkan ketawa Nana dan Anas.

“Okay, okay, okay, nama dia Nursyazana, kau orang panggil dia Syaz pun
boleh. Syaz, Anas ni single tau.
Hehe.” Nana menjeling ke arah Syazana. Syazana semakin malu dengan tindakan
Nana. Pinggang sahabatnya dicubit sekuat mungkin. Nana menyeringai sakit. Anas
sendiri pun menggarukan kepala mendengarkan kata-kata Nana.

“Ops! Nana
sayang, cik Anas kita ni dah berpunya dah sekarang ni. Abang jejaka terhangat
kita ni mustahil la single lama-lama.” Kamal cuba menyelamatkan keadaan apabila
melihatkan Anas kehilangan kata.

“Tapi…”

Anas merenung
Kamal yang masih belum menghabiskan kata-katanya.

“Lelaki boleh
kahwin 4 beb! Haha!”

“Betul Mal!
Geliga otak kau, jadi, bile kau nak tambah lagi 3?” Anas mengambil peluang
untuk mengenakan Kamal sekali lagi. Kamal memandang ke arah Nana yang sudah
menjegilkan matanya.

“Itu…. on the way!” Kamal hanya mengiyakan.
Nana lantas ingin meluku kepala buah hatinya tetapi Kamal segera melarikan
diri. Nana yang tidak putus asa mengejar Kamal dengan tawa.

“Woi! Anas, kalau
macam ni memang aku cepat kurus tinggal tulang jelah!” Jerit Kamal yang sudah
berlari jauh dari mereka. Anas gelak terbahak-bahak lalu memandang ke arah
Syazana yang rupa-rupanya sedang memerhatikannya. Syazana lantas mengalihkan
pandangannya. Macam manalah dia boleh ralit memerhatikan lelaki itu.

Anas tidak sedap
hati dipandang seperti itu lantas berpura-pura tidak perasan. Situasi seperti
itu perkara biasa baginya tidak hairanlah dia digelar jejaka terhangat. Entah
apa yang menarik tentang dirinya.

Bab sebelum ini:

BAB 1 - RAHASIA CINTA

BAB 2 - RAHASIA CINTA

BAB 3 - RAHASIA CINTA

BAB 4 - RAHASIA CINTA

dariilhamkehatihttp://www.blogger.com/profile/07075425026455154737noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-349264799411138196.post-84935972337639186022013-10-15T11:24:00.001+08:002013-10-15T11:24:35.030+08:00BAB 4 - RAHASIA CINTA

Izzat mengelipkan matanya beberapa kali. Benarkah apa yang
dia lihat? Entri yang bertajuk Mr. An
diikuti dengan lambang berbentuk hati dibaca berulang kali. Hatinya ditambat
rasa cemburu. Entri yang ringkas dan pendek itu cukup padat menyampaikan isi
hati si blogger.

Hello, Miss Diya kembali dengan entri baru untuk hari ini, ada yang
rindukan Miss Diya tak?<o:p></o:p>

Hehehe…<o:p></o:p>

Yup! Miss Diya happy sangat hari ni, Miss Diya tengah angau ni,
opsss…bukan lagi untuk Mr.I macam yang Miss Diya cerita sebelum ni tapi untuk
Mr.An, macam title entri kat atas…<o:p></o:p>

Siapa Mr.An? dia stalker kehormat blog Miss Diya….blog je ke?<o:p></o:p>

Ehem3~~~<o:p></o:p>

Siapa dapat teka, Mis Diya bagi gula-gula…<o:p></o:p>

Entri akan datang, Miss Diya akan bongkarkan siapa dia Mr. An..<o:p></o:p>

C U SOON !<o:p></o:p>

Siapa
dia? Izzat tertanya-tanya. Perasaan ingin tahunya membuak-buak. Dia mula
membaca komen yang ditinggalkan oleh pelawat-pelawat blog tersebut.

Mesti insan teristimewa ni…tak sabar nak tau jawapan, mesti betul…<o:p></o:p>

Pandai-pandai
je kau teka, dengus hatinya.

Wah..Cik Diya kita tengah jatuh cinta….tak sabar nak makan nasik
minyak, jangan lupa jemput Bell yerr..<o:p></o:p>

Izzat
terus membaca komen seterusnya.

Ala…nak teka-teka lak, Miss A tak pandai nak teka tapi rasanya jawapan
Miss A sama dengan tukang komen yang pertama tu. Mesti insan teristimewa, Miss A
doakan kebahagiaan Diya J<o:p></o:p>

Izzat
akhirnya menghentikan pembacaannya. Komen-komen seterusnya hanya akan
menambahkan sakit di hatinya. Siapa lelaki yang dimaksudkan? Bagaimana rupanya?
Baik ke?

Argh !
Izzat sendiri serabut dengan soalan yang bertubi-tubi menerjah ke dalam kotak
fikirannya. Dengan siapa gadis itu ingin bersama bukan halnya. Dia sendiri
bahagia dengan Azura. Tiada kekurangan dalam diri Azura jika dibandingkan
dengan Dayana.

Walau
bagaimanapun, perbuatannya langsung tidak mengikut kata hatinya. Setiap hari
dia menanti entri terbaru gadis itu. Dia terlalu ingin tahu gerangan lelaki
yang berjaya mencuri hati Dayana. Akhirnya hari yang dinanti kunjung tiba.

Siapa Mr.An?<o:p></o:p>

Izzat
menahan debar. Matanya beralih pada isi entri.

Haloo..<o:p></o:p>

Dah ada ke yang ternanti-nanti entri ni?? Ada ke?? Seperti yang Miss
Diya janjikan, Miss Diya nak bongkarkan siapa dia Mr.An…<o:p></o:p>

Hehehehe….<o:p></o:p>

Tahniah, siapa yang teka dengan betul… Miss Diya tengok ramai yang teka
tu teman istimewa Miss Diya, yup ! tak salah lagi tekaan korang..<o:p></o:p>

Tapi..ops3..<o:p></o:p>

Kitorang tak kapel tau, serious…tapi dia dah sampaikan niat nak petik
Miss Diya menjadi teman hidupnya..<o:p></o:p>

Alahai..jiwangnya ayat Miss Diya kan? <o:p></o:p>

Miss Diya bersyukur kerana tuhan jumpakan Miss Diya dengan lelaki yang
terima Miss Diya seadanya, dia dah tau semua kisah hidup Miss Diya..<o:p></o:p>

Apa yang Miss Diya kagum, dia sangat menjaga batas perhubungan ni…<o:p></o:p>

Dah3!!! Miss Diya taknak cerita panjang2… nanti tak ada siapa nak baca
pulak…<o:p></o:p>

Tata J<o:p></o:p>

Izzat
meraup mukanya. Dia tidak tahu perasaannya kini. Adakah dia patut berasa gembira
atau tidak atas kebahagiaan Dayana. Gadis itu miliknya. Jauh di sudut hati dia
tidak rela Dayana berada dipangkuan lelaki lain. Apa yang perlu dia lakukan?
Dia inginkan gadis itu tetapi di sudut lain hatinya dia berasa janggal dengan
kekurangan Dayana.

Hatinya
menjerit. Perkara ini semakin rumit bukan disebabkan salah sesiapa tetapi
salahnya sendiri yang masih keliru dengan cintanya. Malas melayan fikirannya
yang bercelaru, tangannya pantas memasang radio bagi menenangkan hatinya.
Kedengaran suara Aznil yang sungguh ceria berceloteh. Sesekali Izzat tersenyum
nipis apabila celoteh Aznil mencuit hatinya sambil sabar menunggu dendangan
lagu yang seterusnya.

Dendangan
lagu Sudirman yang telah diadaptasi berkumandang. Izzat menghayati setiap
bait-bait lirik lagu Merisik Khabar
yang telah dinyanyikan semula oleh pelakon utama filem Hoore! Hoore! Itu.

Terkapar-kapar ku
kelemasan,<o:p></o:p>

Sakit dilambung ombak
kerinduan,<o:p></o:p>

Di dalam tidur di
dalam jaga,<o:p></o:p>

Diburu oleh mimpi yang
serupa,<o:p></o:p>

Mengapa aku jadi tidak
menentu keranamu,<o:p></o:p>

Ku menyusuri jalan
berliku,<o:p></o:p>

Membiarkan hari-hari
berlalu,<o:p></o:p>

Tiada salam tiada
pesan,<o:p></o:p>

Memaksa diri untuk
melupakan,<o:p></o:p>

Namun wajahmu bermain
di mataku tiap waktu,<o:p></o:p>

Malam ku suram, <o:p></o:p>

Siang ku kelam,<o:p></o:p>

Ku kegelisahan,<o:p></o:p>

Mencari-cari ke mana
pergi harga diri ini,<o:p></o:p>

Bertanyakan berita,<o:p></o:p>

Merisik khabar, <o:p></o:p>

mendengar cerita
melaluinya,<o:p></o:p>

Kau kuhampiri tiap
hari bersama luka dihati<o:p></o:p>

Izzat
tenggelam dalam lamunan. Betapa lagu ini amat kena dengan kisah hidupnya. Dia
turut bernyanyi-nyanyi kecil mengikut rentak lagu. Andainya Dayana di
hadapannya sekarang.

Dayana menghempaskan dirinya di atas katil. Lagu Merisik Khabar yang sedang berkumandang
di radio di dengar dengan hati yang sayu. Setiap baris liriknya sangat kena
dengan perasaannya kini. Apatah lagi, suara Akim AF memang persis suara Izzat.
Serak-serak basah dan romantis.

Dia memejamkan mata. Wajah Izzat menjelma.
Hatinya sebak tiba-tiba. Entah apa khabar Izzat sekarang. Langsung tiada khabar
berita. Izzat benar-benar mengotakan janjinya untuk menghilangkan diri dari pandangannya.
Namun, dia tidak boleh menyalahkan Izzat semata-mata. Apa yang Izzat lakukan
pun atas permintaannya. Dia sendiri yang tidak mahu lagi meneruskan permainan
tarik tali ini. Cukup menyakitkan. Cukup melukakan.

Dayana cuba mengalihkan fikirannya
terhadap Anas. Apa yang lelaki itu sedang lakukan? Baikkah dia? Dayana merenung
skrin telefon bimbitnya. Berkira-kira untuk menghubungi lelaki itu atau tidak.
Dia perlu mendengar suara lelaki itu memandangkan hatinya semakin rapuh. Dia
memerlukan semangat daripada lelaki itu.

Tanpa berfikir lebih panjang,
Dayana mendail nombor Anas tetapi sayang panggilannya tidak bersambut. Dayana
mengeluh. Kenapa lelaki itu tidak ada di saat dia memerlukan. Ini lagi satu
masalahnya, dia dengan lelaki itu telah menetapkan janji untuk tidak kerap
menghubungi antara satu sama lain.

Dirinya tidak henti-henti
dibelenggu dengan janji. Sebelum ini dengan Izzat dan sekarang dengan Anas
pula. Biarlah, mungkin ada hikmahnya. Dia tahu, kadang-kadang Anas bukan tidak
mendengar panggilannya. Lelaki itu sengaja tidak mengendahkan panggilannya.
Jangan salahkannya jika dia tinggalkan Anas suatu hari nanti! Tiba-tiba hatinya
diserang rasa geram. Tolonglah ada untuk saat-saat seperti ini.

Tiba-tiba telefonnya berdering.
Dayana pantas mengangkat tanpa sempat melihat nama si pemanggil. Hatinya meneka
Anas menelefonnya kembali.

“Assalamualaikum…” Sapanya ceria.

“Waalaikumussalam Yana,” berubah
air muka Dayana. Suara yang didengarnya bukan milik Anas. Skrin telefon diamatinya.
Malangnya, itu nombor yang tiada di dalam senarai kenalannya.

“Siapa ni?” suaranya tidak lagi
seceria tadi. Secara jujurnya, suara lelaki itu seperti biasa didengar.

“Wah, Yana, kau tak ingat ke aku
siapa? Bukan main kau sekarang, lepas masuk U, tak ingat dah kat aku….”

Wajah Dayana berkerut.
Berterus-terang sajalah. Dia tiada mood untuk
bergurau sekarang ini. Dayana mendiamkan diri.

Faizal kaget apabila tidak mendapat
sebarang balasan dari Dayana. Takkan bergurau sikit pun tak boleh, desis
hatinya.

“Hey Yana, aku Ajai la, takkan tak
ingat?”

Akhirnya, Faizal memperkenalkan
dirinya takut gurauannya tadi menyinggung perasaan gadis itu.

“Eh, Ajai….. Mana ada aku lupa kat
kau. Sorry la, nombor aku ni pernah
hilang. So, aku buat nombor ni balik,
kebanyakan nombor contact hilang
termasuklah kau.

Kau sendiri pun dah lama tak contact aku, jangan nak salahkan aku
pulak,” ujar Dayana membela dirinya. Kedengaran tawa Faizal di hujung talian.

“Kau dengan Mira apa cerita?” Soal
Dayana ingin tahu perkembangan hubungan sahabatnya itu dengan kekasihnya. Amira
merupakan rakan sekelasnya sewaktu di tingkatan enam. Seorang yang peramah dan
baik. Dayana terbayangkan wajah mulus Amira yang tidak gemar memakai sebarang
mekap mahupun secalit bedak pun.

“Semakin bahagia dan saling cinta
mencintai,” jawab Faizal tanpa berlapik. Dayana serasa ingin muntah
mendengarkan jawapan Faizal. Faizal menyambung tawanya.

Dalam diam, Dayana mengagumi Faizal
yang berjaya membentuk perasaannya buat Amira. Sedangkan diawal perhubungannya
dengan Amira tidak wujud sebarang perasaan untuk gadis itu. Faizal sebenarnya
menaruh perasaannya pada Dayana.

“Kau apsal guna ayat jiwang ni? Nak
muntah aku dengar…” perli Dayana.

“Dulu aku nak kat kau, kau taknak,
sekarang nak muntah-muntah pulak….”

Dayana tergamam mendengarkan
kata-kata Faizal. Hatinya sedikit terusik. Alasan dia menolak Faizal kerana
perasaannya terhadap Izzat. Dia tidak tergamak memilih sahabat Izzat menjadi
pasangannya. Dia tidak mahu melukakan hati lelaki itu.

“Aku tak hairan langsung lah. Kau
dah bahagia ni, aku tumpang gembira.”

Hati Dayana bergetar. Faizal
benar-benar mengingatkannya pada Izzat.

“Kau dengan Izzat okay?”

“Aku tak contact dia dah…..” potong Dayana pantas. Suaranya bergetar.

Faizal berkerut. Dia dapat mengesan
perubahan pada nada suara Dayana. Bukan dia tidak tahu perkara sebenar, Izzat
pernah bercerita tentang hubungannya dengan Dayana yang terumbang-ambing. Dia
sengaja ingin tahu dari mulut gadis itu.

Dia sendiri tidak faham dengan
hubungan yang sedang terjalin antara Izzat dengan Dayana. Apa yang dia tahu,
Izzat juga mempunyai perasaan terhadap Dayana. Begitu juga Dayana. Tiada
halangan untuk mereka meneruskan hubungan itu dari seorang sahabat kepada
kekasih.

Faizal tahu baik Dayana mahupun
Izzat, masing-masing ingin membuktikan persahabatan antara mereka tidak akan
berakhir dengan percintaan. Ego setinggi gunung.

“Ha.. Yalah, tu je aku nak tanya,
saja rindu nak dengar suara kau…” Faizal cuba mengembalikan mood Dayana.

“Suka-suka kau je nak rindu kat
aku, aku report kat Mira baru tau,”
balas Dayana disusuli dengan tawa. Faizal lega mendengarkan tawa Dayana.

“Okaylah, aku nak letak dah ni, lama-lama aku call kau pun, bukan dapat kasih sayang kau pun, buat habis kredit
je ni,” gurau Faizal ingin mengakhiri perbualan mereka.

“Eee.. Kau ni! Yalah, kasih sayang
la sangat. Aku tak kisah pun kau nak kata apa, aku tau kau sayang kat aku, thank call aku tau.”

Dayana langsung tidak ambil hati
dengan kata-kata Faizal. Kalau diikutkan, dia ingin berbual lama lagi dengan
Faizal. Sekurang-kurangnya gurauan Faizal mengubat hatinya yang sedang sakit.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.”

Talian dimatikan. Sepanjang
perbualannya dengan Faizal tadi, dia berkira-kira untuk menanyakan perihal
Izzat tetapi keinginannya sekadar tersimpan di sudut hatinya. Tidak perlu
rasanya dia terlalu menyibuk untuk tahu tentang lelaki itu. Dia sendiri ada
harga diri. Izzat sendiri pun tidak kisah akan dirinya.

Nombor Anas didail lagi. Masih
tiada jawapan. Hatinya kembali sebak. Besarnya dugaan ada kekasih terlalu
matang ni…..

dariilhamkehatihttp://www.blogger.com/profile/07075425026455154737noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-349264799411138196.post-82615599942478270482013-10-14T14:00:00.000+08:002013-10-14T14:00:25.470+08:00BAB 3 - RAHASIA CINTA

Izzat merenung siling rumahnya. Wajah Dayana menjelma.
Perasaan rindu mula menjelma dalam hatinya. Dia rindukan gadis itu. Dia
sayangkan gadis itu.

Setiap
kali dia melayari internet. Dia tidak akan jemu melawat profil facebook milik Dayana. Gambar Dayana
ditatap satu persatu. Blog Dayana pula menjadi laman bacaan wajib baginya. Dari
situlah dia dapat mengetahui kisah-kisah terkini Dayana yang cukup suka
meluahkan perasaannya di dalam blog. Secara tidak langsung, dia menjadi stalker tidak bertauliah Nordayana
Sahak.

Pernah
sekali Dayana meletakkan laman facebooknya
di dalam senarai yang di block. Dia
masih ingat lagi keadaan dirinya yang bagaikan nak gila sehari tanpa berita
daripada Dayana.

Hari-harinya
murung. Dia rindu untuk menatap gambar gadis itu memandangkan dia tidak pernah
menyimpan satu pun gambar milik Dayana. Itu merupakan janji mereka yang tidak
akan pernah menyimpan gambar masing-masing. Janji sebagai Best Friends Forever, prinsip persahabatan mereka.

Kerana
janji sebagai sahabat baik selamanyalah hubungan mereka kian terbelenggu.
Mereka juga berjanji, persahabatan mereka tidak akan berakhir dengan
percintaan. Ya, kerana janji. Akhirnya mereka tidak lagi berhubungan.

Tidak
lama kemudian, laman sosial miliknya tidak lagi menjadi senarai yang di block. Profil gadis itu dibuka pantas.
Hatinya lega kerana gadis itu tidak memprivasikan
lamannya. Dia bebas membaca status milik gadis itu. Antara kebanyakan status
yang diupdate, matanya tertancap pada
satu status yang disertakan dengan link
sebuah blog milik Dayana. Tajuk entri blog menimbulkan debar di dadanya.

TENTANG DIA

Perasaan
ingin tahu mula menular. Pelbagai persoalan mula timbul dibenaknya. Mungkinkah
entri itu berkenaan dirinya. Tanpa menunggu lama Izzat membuka laman blog milik
gadis itu. Tepat tekaannya. Entri itu memang berkisar tentang dirinya. Seperti
yang dijangka, rupanya Dayana memang menyimpan perasaan terhadapnya. Hatinya
resah. Berat untuk dia mengatakan bahawa dia merasakan perkara yang sama.

Izzat terperangkap. Egonya kuat untuk terus
menafikan perasaan itu. Seorang kawan hanyalah seorang kawan. Dia inginkan
gadis yang sempurna untuk dijadikan sebagai seorang isteri. Kerana mengejar
kesempurnaanlah dia memilih Azura sebagai kekasihnya. Lemah lembut, cantik dan
yang paling penting sekali masih perawan. Berbeza dengan Dayana yang gagal
mempertahankan kesuciannya. Tiba-tiba hatinya yakin dia telah membuat keputusan
yang betul.

Dayana memerhati kawasan sekeliling. Sunyi sepi. Langsung
tiada kenderaan yang melintasi kawasan rumah itu. Matanya merenung Alif
Iskandar yang berwajah tenang.

“Alif,
kenapa sunyi sangat rumah ni?” soal Dayana dengan suara yang bergetar.
Perasaannya tidak sedap dengan keadaan sekeliling. Terdetik hatinya mengatakan
Alif berniat buruk terhadap dirinya. Namun, firasat buruk itu ditepis sejauh
mungkin kerana selama dia mengenali Alif, Alif bukanlah seorang lelaki yang
bersikap sebegitu.

Alif
segera keluar daripada kereta. Separuh jalan dia ke pintu rumah, dia berpatah
balik menjenguk Dayana yang masih membatu di dalam kereta.

“Yana
tak nak keluar ke? Kat luar ni sunyi, baik masuk rumah, anak buah Alif kat
dalam rumah, boleh berkenalan dengan dia, dia pun perempuan jugak,” terang Alif
dengan senyuman. Mendengarkan itu, hati Dayana berasa lega.

Dengan
perasaan gembira, Dayana memasuki rumah kayu yang kelihatan mewah dengan
ukirannya. Mulutnya menganga melihatkan hiasan dalaman di dalam rumah itu.
Sangat ringkas dan cantik.

“Suka
ke? Rumah pakcik Alif ni walaupun rumah kayu tapi mewah kan?”

Dayana
mengangguk laju mengiyakan kata-kata lelaki di hadapannya.

“Eh,
mana anak buah Alif?”

Dayana
teringatkan tentang anak buah yang disebutkan oleh Alif tadi.

“Dia
ada dalam bilik, kejap Alif panggil dia, Yana duduk la kat sini dulu,” ujar
Alif lalu menghilang ke arah bahagian rumah yang lain.

Sambil menunggu, Dayana ralit meninjau-ninjau
perhiasan yang berada di ruangan tamu itu. 15 minit sudah berlalu, kelibat Alif
dan anak buahnya masih tidak kelihatan. Dayana mula menjenguk ke ruangan yang
mungkin ditempatkan bilik-bilik penghuni rumah tersebut. Untuk melangkah terus
ke ruangan itu, dia tidak berani. Takut mengundang kemarahan sesiapa. Penat
menjenguk, Dayana berpaling untuk ke ruang tamu semula.

Namun, belum pun sempat dia
melangkah, sepasang tangan sasa memeluknya dari belakang. Dayana kaget.
Mulutnya ditekup kasar.

Apa yang terjadi sebenarnya? Mana
Alif?

Dayana cuba meronta-ronta sekuat
mungkin. Namun kudratnya tidak dapat menandingi kudrat lelaki di belakangnya.
Badannya diseret terus ke salah sebuah bilik yang berada di situ. Dayana
bertambah kaget. Dia mula membayangkan pelbagai kemungkinan. Yang pasti bukan
kemungkinan yang baik. Air matanya mula merembes keluar. Apa yang bakal
terjadi? Apa nasib dia selepas ini? Dia tidak sanggup untuk membayangkan. Ya
ALLAH, bantulah hamba-Mu ini Ya ALLAH, doanya di dalam hati.

Sesampainya dia ke dalam bilik,
tubuhnya dihempas kasar ke atas katil. Baru kini dia dapat melihat gerangan
yang merangkulnya.

“Alif…..”

Dia masih boleh mengecam kelibat
Alif walaupun matanya telah dikaburi dengan air mata.

“Alif, kenapa ni? Kenapa buat Yana
macam ni? Mengucap Alif…….” Ujar Dayana mengharap Alif sedar dari nafsu
haiwannya. Tanpa sebarang jawapan, Alif terus menghimpit tubuhnya. Entah dari
mana kekuatannya datang, Dayana berjaya menolak tubuh Alif. Dengan sepantas
yang mungkin Diyana meluru ke pintu. Namun, cubaannya gagal apabila tudungnya
direntap oleh Alif. Dayana menjerit ketakutan.

Alif yang kaget dengan jeritan
Dayana, menghentak kepala gadis itu ke dinding sehingga gadis itu tidak
sedarkan diri. Tubuh gadis itu dihumbankan kembali ke atas katil.

Dayana membukakan matanya.
Tangannya memicit-micit dahinya yang sakit cuba mengingat kembali apa yang
telah terjadi. Tiba-tiba, kepalanya dibelai oleh tangan yang tidak dikenalinya.
Matanya membuntang. Alif sedang membelai rambutnya dengan senyuman. Dayana cuba
bangun namun badannya langsung tidak berdaya.

“Alif…” Dayana menggagahkan juga
suaranya yang antara dengar atau tidak.

“Ye sayang,” jawab Alif selembut
yang mungkin seperti selalu. Perasaan Dayana digigit-gigit dengan perasaan
benci.

Alif kemudiannya mengusap perut Dayana
pula. Dayana menepis. Tangan Alif tetap tidak beralih.

“Baby dalam perut ni anak Alif tau,” ucapnya lagi. Dayana tersentap.
Apa yang Alif harapkan sebenarnya?

“Gila!” Jerit Dayana. “Kau gila
Alif…..”

Air mata Dayana mula mengalir lagi.
Mengenangkan nasibnya yang sudah tidak suci. Andai masa dapat diundur semula.

“Memang Alif gila Yana, gilakan
Yana, lepas ni takkan ada lelaki yang suka kat Yana lagi, Yana dah jadi hak
Alif….”

Dayana berasa jengkel.

“Hantar Yana balik! Yana nak report polis! Hantar Yana!”

“Alif tak hairan pun Yana nak report polis, Alif boleh bawakan terus
pergi balai kalau Yana nak, tapi Yana ingat, bukan Alif je yang malu nanti,
Yana pun tanggung malu, Alif tak paksa Yana datang sini kan? Yana yang ikut
sendiri, lebih baik Yana diam je, tak ada siapa yang tahu,

Kalau benda ni heboh pun, orang
tetap akan hina Yana, bukan hina Alif je, family
Yana pun akan salahkan Yana, sebab Yana ikut Alif tanpa pengetahuan family Yana kan?”

Dayana terkedu. Ada benarnya
kata-kata Alif. Dia juga yang akan menanggung malu. Memang silapnya kerana
terlalu mempercayai Alif. Memang silapnya kerana keluar tanpa pengetahuan
keluarganya. Kesempatannya duduk di kolej digunakan untuk keluar sesuka hati. Dayana
menekup mukanya. Menangis teresak-esak.

Tindakannya menolak cinta Alif dan
lebih senang untuk kekal sebagai kawan mengundang dendam di hati Alif. Dayana
langsung tidak sangka lelaki sebaik Alif sanggup merosakkan dirinya.

“Yana jangan risau sayang, Alif
buat macam ni bukan suka-suka, Alif sayangkan Yana, Alif nak pastikan Yana hak
Alif, Alif janji, Alif bertanggungjawab…..” pujuk Alif.

Dayana hanya mendiamkan diri.

Ekoran peristiwa itu, Dayana mula
berubah sikap daripada seorang yang ceria kepada seorang yang murung. Alif
tidak jemu-jemu bertanya khabar tentang dirinya dan tidak lupa berjanji untuk
menyuntingnya sebagai isteri.

Dayana mengusap perutnya dengan
perasaan bimbang dan gusar. Bagaimana kalau perbuatan Alif benar-benar
meninggalkan benih di dalam tubuhnya? Tidak mungkin dia akan mendirikan rumah
tangga seawal ini. Umurnya masih 18 tahun.

Haniza memandang teman sebiliknya.
Dia sendiri risau dengan keadaan sahabatnya yang bersikap seperti orang hilang
akal. Bercakap sendiri, tiba-tiba menangis, badan lesu. Di dalam bilik kuliah
pun Dayana langsung menjadi seorang yang pendiam malah langsung tidak mahu
mendekati kawan-kawan lelakinya.

“Yana….” Panggilnya lembut. Dayana
masih bermenung.

“Yana!” Suaranya dikuatkan apabila
panggilan pertamanya tidak mendapat respon. Dayana kelihatan tersentak. Haniza
menggeleng-geleng. Dia bangun dan melabuhkan punggungnya di sebelah Dayana.

“Kenapa ni Yana?”

Dayana memandangnya lesu seperti
biasa. Haniza mengeluh. Sahabatnya itu tidak ubah seperti mayat hidup.

“Yana…Yana tak sihat sikit….”

“Kalau macam tu, jom kita pergi
klinik jom…” cadang Haniza tanpa berlengah. Dia tidak mahu sakit yang dialami
oleh Dayana terus menerus melarat pula.

Klinik? Tak mungkin, bagaimana
kalau doktor dapat mengesan apa yang terjadi pada dirinya? Dia tidak akan
membiarkan perkara itu berlaku.

Dayana menggeleng. Haniza menarik
nafas dalam-dalam.

“Hmmm…Ija sebenarnya tak rasa Yana
jadik macam ni sebab sakit, Ija tau, mesti ada benda lain kan? Kan Yana?”

Dayana masih memandang wajahnya
dengan pandangan yang kosong. Tidak dapat dinafikan wajah rakan sebiliknya itu
semakin pucat.

“Ada orang nak jadikan Yana sebagai
isteri dia……..”

Akhirnya berjaya juga Dayana
membuka mulutnya. Dia sudah tidak mampu menanggung segala beban dihatinya
seorang diri. Haniza dapat melihat jelas tubir mata Dayana yang mula menakung
air.

“Kenapa ni Yana, baguslah kalau ada
orang yang nak kahwin dengan Yana, kenapa Yana sedih pulak?”

Haniza semakin hairan dengan
tingkah sahabatnya.

“Yana tak suka dia?”

Diyana mengangguk.

“Yana cakap elok-elok dengan dia
yang Yana tiada hati dengan dia, senang kan?”

“Memang itu yang Yana nak beritahu
dia tapi…”

Kerutan Haniza semakin hebat. Tidak
faham dengan penerangan Dayana yang tersekat-sekat.

“Tapi apa?”

“Dia buat Yana…..”

Mulut Haniza terbuka luas. Dia
bagai dapat meneka apa yang dimaksudkan oleh Dayana. Dayana mula menangis
teresak-esak. Dia memeluk Dayana. Rambut sahabatnya diusap lembut.

“Sabar Yana, tak apa, Yana menangis
dulu, dah okay cerita kat Ija ye,
jangan simpan sendiri, Ija ada…” pujuk Haniza. Dia sendiri berasa sebak.
Walaupun dia masih tidak tahu pokok pangkal cerita sebenar, dia bagai dapat
merasa kesedihan yang dialami oleh Dayana.

Sebaik sahaja Dayana beransur
tenang. Gadis itu menceritakan segala-galanya kepada Haniza. Haniza hanya mampu
mengucap. Masih wujud manusia yang tidak menggunakan akal. Perasaan marah
menyelubungi hatinya.

“Suka-suka dia je buat anak orang
macam tu, lelaki tu lah nak jadikan kau isteri, Yana?”

Dayana mengangguk.

“Apa yang patut aku buat Yana?”
ujar Dayana dalam sendu.

“Aku nasihatkan tak payah……! Cara
dia dapatkan kau dah tak betul, macam orang gila, kau nak lelaki gila macam tu
jadi laki kau?”

Tiada lagi kesopanan pada nada
suara Haniza. Entah siapa gerangan lelaki yang disebutkan tetapi dia cukup
benci dengan lelaki yang langsung tidak menghormati wanita. Sewenangnya melakukan
sesuka hati.

Dayana buntu. Tiada lelaki lain
lagi yang lebih layak bertanggungjawab ke atas dirinya selain daripada Alif.
Amat mustahil baginya untuk meneruskan hidup dalam keadaan ternoda. Mungkinkah
bunuh diri jawapannya? Tidak, itu bukan penyelesaian. Tegak bulu romanya bila
memikirkan itu.

“Ija, kalau Yana tolak dia, siapa
lagi yang akan terima Yana, bekas orang ni….?” Soalnya dalam nada sayu. Hatinya
sebak.

Haniza terperanjat dengan kenyataan
Dayana. Dia tahu, sahabatnya sudah mula merasa jijik dengan dirinya sendiri
bukan seperti sesetengah orang yang lebih berbangga dengan keadaan diri mereka
yang disengajakan.

“Yana jangan fikir macam tu, jodoh
pertemuan di tangan tuhan Yana, pilih suami ni kena betul-betul, bukan main
rembat je, perkahwinan ni bukan untuk sehari dua Yana, untuk seumur hidup kalau
diizinkan ALLAH..”

Deringan telefon bimbit Dayana
menghentikan perbualan mereka. Kedua-dua pasang mata tertancap pada telefon
bimbit Nokia Express yang menjerit
lantang. Tertera nama Alif di skrin telefon. Lambat-lambat tangan Dayana untuk
mencapai telefon bimbitnya. Dia tidak mempunyai hati untuk menjawab panggilan
lelaki itu buat masa sekarang. Semua yang dirasakannya cukup pahit disebabkan
lelaki itu.

Haniza dengan pantas merembat telefon
bimbit itu lalu menekan butang jawab.

“Hem..nak cakap dengan siapa?”
Keras suara Haniza.

Alif terkedu. Siapa gerangan yang
menjawab panggilannya.

“Dayana ada?”

“Dayana dah mati!”

Talian dimatikan. Alif mati akal.
Bingung dengan apa yang terjadi. Dia sekali lagi cuba mendail nombor Dayana
namun gagal. Telefon telah dimatikan.

“Biar aku simpan sim ni, biar lelaki tu tak dapat contact kau lagi,” ujarnya seraya
mengeluarkan sim card daripada
telefon bimbit sahabatnya. Dayana hanya memandang tanpa melawan. Dia sudah
tidak kuasa untuk berfikir. Fikirannya bercelaru.

Haniza mengeluarkan dompetnya lalu
mengeluarkan sim card miliknya yang
selama ini disimpan. Tanpa disuruh, Haniza memasang  sim card itu pada telefon
bimbit Dayana.

“Kau pakai nombor aku ni, sim ni pun aku baru beli, kredit pun ada
lagi tu,” ujarnya sambil memulangkan telefon bimbit ke dalam tangan pemiliknya
yang lesu.

“Apa yang aku buat ni untuk
kebaikan kau, tolong jauhkan diri dari lelaki macam tu, aku risau kau jadi
permainan dia je,” sambungnya lagi.

Dayana memandang kosong wajahnya.
Gadis itu masih tidak dapat menentukan tindakan mana yang lebih rasional.
Ibarat diluah mati bapak, ditelan mati emak.

Dayana tersentak dari lamunan. Memori pahitnya terimbau
kembali. Secara tidak sengaja air matanya mengalir walaupun tidak sederas dulu.
Dia cuba menerima keadaannya. Dia bersyukur masih ada insan yang sedia menerima
kekurangannya. Terima kasih Anas Hakimi. Lelaki itu memang patut disayangi.

Kalau
diikutkan hati, dia memang tidak mahu memaafkan kedurjanaan Alif tetapi
memandangkan Alif telah pergi meninggalkan dunia. Dayana perlu melembutkan
hatinya. Manusia mana yang tidak lari daripada kesilapan. Sesungguhnya dia
tidak layak untuk bersikap angkuh untuk tidak memaafkan insan yang lain.
Sesungguhnya dia hanyalah seorang hamba. Semoga Alif mendapat keampunan
daripada yang ESA.

dariilhamkehatihttp://www.blogger.com/profile/07075425026455154737noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-349264799411138196.post-81679169754540987572013-10-02T09:18:00.000+08:002013-10-02T09:19:20.839+08:00BAB 2 - RAHASIA CINTA

Tangan Dayana ligat meneroka laman sosial Facebooknya. Laman sosial itu telah
menjadi kegilaannya semenjak dia di tingkatan enam lagi. Beberapa keping gambar
yang telah ditandakan dengan namanya ditatap satu persatu.

‘Ish
dia orang nih, gambar yang hodoh ni la nak tag-tag,’
rungut hatinya tidak puas hati.

Tiba-tiba
hatinya terdetik sesuatu. Kata-kata Adira masih terngiang-ngiang di telinganya.
Pantas sahaja jarinya menaip sebaris nama di kotak pencarian.

Azura <o:p></o:p>

Hatinya
berdebar tanpa diminta. Rasa ingin muntah pun ada. Terlalu berdebar.
Lambat-lambat skrinnya bertukar kepada profil seorang gadis yang sebenarnya dia
tidak kenali. Entah bila gadis itu menjadi rakan facebook miliknya. Dia hanya mengenali gadis itu sebagai kekasih
Izzat. Sakit hatinya bila mengenangkan perkara itu. Jelas terpampang nama dan
gambar Izzat Azmir pada status hubungan yang terletak di sebelah kiri profil.
Hatinya seperti diramas-ramas rasanya tetapi air matanya tidak lagi murah
seperti dulu. Mudah sahaja tumpah bila mengenangkan hakikat itu.

Walaupun
hatinya dilanda debar yang hebat, Dayana memberanikan diri membaca wall post yang ditinggalkan di dinding
profil gadis tersebut. Matanya tertancap pada pesanan yang ditinggalkan oleh
Izzat.

R.I.N.D.U

Sayang,
kata-kata keramat itu bukan lagi untuknya.

Tanpa
diminta, tangannya pantas sahaja menghalakan tetikus pada nama Izzat Azmir.
Dengan sekali klik, profil berubah kepada profil lelaki itu. Malangnya, profil
itu diprivasikan. Hanya rakan-rakan facebook
Izzat yang boleh melihat maklumat
yang terdapat di dalamnya termasuklah gambar. Dayana mengeluh. Dapat tengok
gambar profil pun jadilah. Bukan salah sesiapa, dia sendiri yang membuang
lelaki itu dari senarai rakan facebooknya.

Jauh di
sudut hati betapa dia sangat rindukan lelaki itu. Walau bagaimanapun, dia redha
dengan perpisahan ini kerana terselit hikmah yang sangat besar nilainya.
Terlalu banyak khilaf yang berlaku sekiranya dia masih bersama lelaki itu. Mereka
sewenang-wenangnya lupa akan batas-batas yang telah ditetapkan oleh agama. Hatinya
dicuit rasa syukur.

Tuhan
itu maha pemurah. Sedang dia dirundung kepiluan, tuhan telah menemukannya
dengan jejaka yang sedikit sebanyak mampu mengubati hatinya. Cuma hatinya
sedikit gusar dengan perasaan dia yang sebenar pada lelaki itu. Benar-benar
sayang ataupun hanya berpura-pura sayang. Tanpa membuang masa, jarinya menaip
nama yang baru di kotak pencarian.

Anas Hakimi<o:p></o:p>

Terbentuk senyuman halus
dibibirnya. Album gambar di buka satu persatu. Buah hatinya yang ini cukup suka
meletakkan gambarnya pada zaman kanak-kanak berbanding gambarnya yang terkini.
Dayana tidak dapat menafikan terselit rasa rindu dihatinya untuk lelaki itu
tetapi tidak sehebat rindunya terhadap Izzat. Mungkin disebabkan dia hanya
pernah bertemu dengan lelaki itu sekali sahaja selama mereka berkenalan dan
pertemuan itu merupakan titik permulaan perkenalan mereka. Kemudian hubungan
itu terbiar sepi hinggalah untuk beberapa tahun tanpa khabar berita.

Tanpa
dijangka, Anas muncul semula untuk meraih cintanya. Disaat dia kecewa dengan
pemergian Izzat. Namun, kehadiran Anas langsung tidak dapat memadamkan
perasaannya terhadap Izzat.

Entah
mengapa dia tidak dapat menghapuskan harapannya untuk bersama dengan Izzat
sepenuhnya. Hati kecilnya masih mengharapkan Izzat menjadi teman hidupnya
memandangkan takdir itu tuhan yang menentukannya bukan manusia. Kegagalan
hatinya membuang perasaannya terhadap Izzat menimbulkan perasaan bersalahnya
terhadap Anas.

Dia
perlu belajar menyayangi Anas kerana lelaki itu sangat tulus menyayanginya.
Anas berhak untuk dicintai. Lelaki itu rela menerima dirinya yang serba
kekurangan kerana bagi lelaki itu, perkara yang berlalu biarkan berlalu, apa
yang penting ialah masa depan. Dalam diam, Dayana menyimpan azam untuk
membahagiakan lelaki itu.

Mungkin
disebabkan pengalaman yang lepaslah, Anas tidak lagi menaruh harapan yang
menggunung terhadap insan yang bergelar perempuan. Dia selalu menyatakan, jodoh
itu di tangan tuhan. Sayangilah dirinya kerana ALLAH S.W.T. Mendengarkan itu
sahaja cukup membuatkan hati Dayana berasa sangat terharu. Memang Anas tidak
setampan Izzat tetapi sikap lelaki itu cukup membuatkan dirinya berasa di
awang-awangan.

Dayana
menutup laptop kesayangannya. Jauh dia mengelamun. Wajah Izzat menjelma lagi.
Dia semakin tidak faham dengan hatinya. kenapa lelaki itu? Kenapa? Dayana
sebenarnya sudah penat melayan perasaannya yang tidak kesampaian itu. Lantas dia
menyembamkan mukanya ke bantal. Mengharapkan tindakannya itu dapat melenyapkan
bayangan lelaki itu serta-merta namun hampa.

Dayana mencari-cari kelibat kereta seperti yang diberitahu.
Sesekali, dia mengibas-ngibas tudung sekolahnya. Cuaca terik memeritkan kulit
mukanya. Dayana sudah hilang sabar. Telefon yang digenggamnya sedari tadi
ditekan pantas. Mencari-cari nombor telefon insan yang ditunggu. Belum pun
sempat Dayana menekan butang panggil, telefonnya bergetar menandakan panggilan
masuk. Butang jawab ditekan tanpa berfikir panjang.

“Hello…”
Suara Diyana langsung tidak menunjukkan kelembutan.

“Hello
Yana, Yana ada kat mana?”

“Yana
kat mana? Yana dah lama tercegat kat sini tunggu Iz tau, janji pukul berapa,
sekarang pukul berapa?” Soal Dayana bertalu-talu. Marah sungguh gayanya. Izzat
terkelu mendengarkan suara Dayana yang tiada kemesraan seperti selalu.

“Maaflah
Yana, last minute tadi Iz ada kerja
sikit, Yana ada kat mana ni? Iz tak nampak, Iz ada kat lot parking nih,” ucap Izzat dengan nada memujuk.

“Lot parking kat mana?” soal Dayana dengan
suara yang mula mengendur. Izzat lega apabila Dayana sudah beransur tenang.

“Dekat
depan cyber café yang baru bukak ni…”
terang Izzat. Dayana mengangguk-angguk sambil matanya melilau-lilau mencari tempat
yang dimaksudkan oleh Izzat.

“Yana
pergi sana,” ucap Dayana pendek lalu mematikan talian.

Langkahnya pantas menuju tempat parkir yang
diberitahu oleh Izzat. Dari kejauhan dia boleh mengecam kereta milik Izzat yang
terparkir di hadapan Cyber Café. Net.
Pintu kereta Viva berwarna violet itu dibuka lembut. Kelihatan Izzat
memandangnya dengan penuh mesra. Dayana terpaku seketika memandang wajah Izzat
yang tersenyum manis memandangnya. Dayana tidak teragak-agak membalas senyuman
lelaki itu walaupun sebentar tadi dia cukup bengang atas kelewatan lelaki itu.

Dayana pantas melabuhkan
punggungnya di sebelah tempat duduk pemandu. Segar rasanya apabila terasa
hembusan pendingin hawa. Dayana memejamkan matanya. Tidur pun sedap ni. Izzat
sekadar memandang tingkah Dayana yang terus berdiam diri melayan penatnya. Dia
hanya membiarkan Dayana berehat sambil mula memandu keretanya meninggalkan
tempat tersebut.

Kereta
mereka betul-betul berhenti di hadapan rumah sewa Izzat yang terletak agak
tersorok. Suasana sekeliling sunyi sepi. Hati Dayana berdebar kencang. Izzat
memandangnya. Dayana menelan liur.

“Iz tak
ada kunci nak masuk rumahlah, kunci kat kawan Iz, sepatutnya dia dah sampai…”
keluh Izzat sambil merenung jam di tangannya. Dayana hanya memerhatikan gelagat
Izzat sambil tangannya meraba-raba untuk membuka tali pinggang keledarnya.
Secara tidak sengaja tangan Dayana tersentuh tangan Izzat yang kebetulan ingin menarik
brek tangannya. Cepat-cepat gadis itu menarik tangannya. Wajahnya
disembunyikan. Perasaan aneh menerpa.

Izzat
memerhatikan gelagat Dayana. Jantungnya juga berdegup kencang. Tangan gadis itu
ditarik dan digenggamnya tanpa segan silu. Dia tahu apa yang dilakukannya salah
sama sekali. Dia tiada hak untuk menyentuh gadis itu tetapi dia tidak dapat
mengawal hatinya. Dayana hanya memandang.

“Yana…”

Dayana memandang wajah Izzat yang
merenungnya tajam. Debaran di dadanya bertambah kencang. Tanpa berfikir
rasional, kucupan halus singgah ke pipi gadis itu. Dayana hanya merelakan malah
matanya dipejam rapat. Dia dapat rasakan bibir Izzat berpindah ke bibirnya.
Keadaan itu berlarutan sehinggalah kereta mereka dihon dari belakang. Izzat dan
Dayana segera menghentikan perbuatan mereka.

Kelihatan
sebuah kereta Honda hitam berhenti di belakang kereta mereka. Dayana mula
gelabah.

“Iz,
siapa tu Iz?” Tanya Dayana dalam suara getarnya.

“Em…kawan
Iz…..” Izzat sedikit geram kerana keinginannya seolah-olah terbantut. Matanya
masih tidak berhenti memandang Dayana yang mula kalut.

“Rilek
la Yana, kawan Iz tu pun nak ambik barang dia kat rumah sewa ni, tinggal dia
dengan Iz je tak ambik barang lagi…” terang Izzat untuk mengurangkan kegusaran
di hati Dayana. Pipi Dayana dicubit lembut. Akhirnya Dayana tersenyum memandang
Izzat.

“Dialah
yang pegang kunci rumah…” sambungnya lagi.

Kelihatan
seorang lelaki tinggi lampai dan berkulit cerah melangkah keluar daripada perut
kereta dengan senyuman yang melebar hingga ke telinga. Izzat segera keluar
daripada kereta.

“Lambat
gila kau datang,” sapa Izzat setelah berjabat tangan dengan sahabatnya. Sapaan
Izzat dibalas dengan senyuman penuh makna.

“Saja
nak bagi kau peluang melepaskan rindu, hehe,” ujar Aslan penuh makna. Keningnya
dinaikkan sambil matanya menyorot ke arah Dayana. Dayana cepat-cepat
memalingkan mukanya. Berkira-kira andainya sahabat Izzat nampak perlakuan
mereka.

“Siapa
tu?” Soal Aslan pantas sambil matanya tidak lepas merenung gadis yang bersama
sahabatnya itu. Sahabatnya Izzat bukan seorang lelaki yang mudah rapat dengan
mana-mana perempuan. Berbeza dengan dirinya yang cukup sinonim dengan panggilan
player. Mesti gadis yang dibawa oleh
Izzat itu sangat istimewa bagi sahabatnya.

“Kawan
baik aku..” jawab Izzat telus. Dayana tersentak. Ya, mereka memang kawan baik.
Sepatutnya dia tidak perlu berasa terkejut seperti itu.

“Kawan
baik ke awek……..”

Serkap Aslan dengan senyuman sinis.

“Kau
tak caya? Tanya dia sendiri.”

“Aku
tanya ni….” Ugut Aslan sambil menghampiri pintu bahagian pemandu yang masih
terbuka. Jantung Dayana berdegup laju dengan kerenah yang ditunjukkan oleh
Aslan. Dia langsung tidak menyangka Aslan terlalu beria untuk mengetahui
perkara duduk yang sebenar.

“Tanyalah…”
ucap Izzat endah tidak endah malas untuk melayan keletah sahabatnya yang memang
hyperactive itu.

Serta-merta
Aslan menjengulkan kepalanya ke dalam kereta dan memandang tepat wajah Dayana.
Matanya membulat.

“Pergh, comel…”

Dayana
pantas memalingkan wajahnya. Wajahnya berasa panas dipuji begitu.

“Kau
awek Iz kan…..” soal Aslan yang langsung tidak berbentuk soalan.

“Bukanlah,
kita orang kawan baik je,” jawab Dayana tanpa melihat wajah lelaki itu. Aslan
menunjukkan muka tidak puas hati dengan jawapan gadis itu. Masih tepat
memandang Dayana. Dayana pula hanya mampu melarikan wajahnya.

Timbul
perasaan sebak di hati Dayana. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia perlu rasa
sebak. Kehadiran Izzat dalam hidupnya sekadar untuk dijadikan teman untuk
menghilangkan rasa sunyinya. Dia pada asalnya langsung tidak mempunyai perasaan
untuk menjadikan Izzat lebih dari seorang kawan.

Begitu
juga Izzat. Mereka hanya berkawan. Hanya kawan. Hanya baru-baru ini perasaannya
seolah-olah terumbang ambing. Keliru dengan kehendak hatinya. Lebih-lebih lagi,
sikap Izzat yang mula melayannya melebihi layanan yang patut diterima oleh
seorang kawan. Mesej-mesej Izzat mula dipenuhi dengan ayat-ayat yang romantis.
Betapa setiap hari lelaki itu menyampaikan rasa rindunya melalui SMS dan
panggilan.

Hatinya
mula tertanya-tanya andainya lelaki itu mempunyai perasaan terhadapnya. Jika
ya, apa yang patut dia lakukan sedangkan hatinya sudah berjanji hanya akan
menjadikan lelaki itu sebagai kawan seumur hidupnya. Best Friends Forever.

Dayana
mengelamun sambil menanti Izzat selesai mengangkut barang-barang miliknya ke
dalam kereta. Kalau diikutkan hati, Dayana ingin membantu Izzat mengangkut
barang tetapi hasratnya terbantut kerana Aslan tidak berhenti-henti
mengusiknya.

dariilhamkehatihttp://www.blogger.com/profile/07075425026455154737noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-349264799411138196.post-4412573798471112702013-09-29T13:58:00.001+08:002013-10-02T09:19:32.983+08:00BAB 1 - RAHASIA CINTA

“Dayana!”

Laungan ibunya mematikan lamunan Dayana.
Dia menggeliat malas di atas katilnya. Itulah rutinnya setiap kali cuti
semester. Melayan rasa malasnya. Lambat-lambat langkahnya diatur menuju ke arah
ibunya.

“Kenapa mak?” longlai suaranya.

“Ha! Pandai pun bangun, beribu kali
mak panggil baru sekarang kamu dengar ye Dayana? Berbuih mulut mak..”

Dayana
hanya mampu menunduk sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Memang salah
sendiri pun. Lambat sangat bangun. Terpaksalah dia menahan leteran ibunya yang berjela-jela.

“Orang
pagi-pagi macam ni, bangun awal buat kerja rumah, bukan membuta je kerjanya,
kamu tu perempuan Dayana oi…”

Dayana
hanya terus membisu, sudah biasa dengan leteran ibunya. Lebih baik diam dari
menjawab. Nanti makin menjadi-jadi pula leternya.

“Ha,
apa yang tercegat lagi tu, pergi ambil penyapu, sapu rumah…”

Terkulat-kulat
Dayana mencari penyapu yang entah di mana letaknya.

“Mak,
penyapunya mana?” Soal Dayana yang mula bosan mencari.

“Itulah,
jarang sangat menyapu, tu belakang pintu tu, kamu cari pakai apa Yana?”

“Ye
mak, ye mak,” ujar Dayana berlari-lari anak menuju ke belakang pintu. Tidak
sanggup lagi mendengar sambungan leteran ibunya. Gadis itu terus mencapai
penyapu dan memulakan tugasnya.

Tidak lama kemudian, bunyi deruan
motosikal mengganggu tumpuannya. Panjang lehernya menjenguk ke luar rumah.
Kelihatan kelibat sahabat karibnya, Adira, tersengih-sengih bagaikan kerang
busuk.

“Assalamualaikum….”

“Waalaikumussalam…”
Salam Adira dibalas oleh ibunya. “Nak jumpa Dayana ke?”

“A’ah
makcik, dia ada ke?”

‘Adalah
makcik Dira oi…ke mana pulak aku pagi-pagi buta ni kalau bukan dekat rumah’,
rungut Dayana di dalam hatinya seolah-olah menjawab pertanyaan Adira.

“Dia
ada kat dalam tu, masuklah Dira,” pelawa Cik Ros ramah. Kehadiran sahabat baik
anaknya itu bukanlah asing lagi baginya. Memang gadis itu cukup gemar
bertandang ke rumahnya dan dia sentiasa mengalu-alukan kehadiran gadis itu.

“Terima
kasih makcik.” Semakin lebar senyuman Adira. Laju sahaja langkahnya menapak
masuk ke dalam rumah. “Hoi! Menyapu ke?” tegur Adira sebaik sahaja ternampak
kelibat sahabatnya.

“Takdelah
Dira, aku tengah berjoget ni…” jawab Dayana selamba. Adira hanya tersengih.

“Kau apsal pepagi datang rumah aku ni?”

“Kau free tak esok?” Tanpa menjawab soalan
sahabatnya Adira terus mengajukan soalan.”Aku ingat nak ajak kau teman aku shopping kat Ipoh esok.”

“Aku okey je,” jawab Dayana terus setuju
dengan pelawaan rakannya. Adira lantas bertepuk gembira dengan persetujuan itu.

“Mak!” Jerit Dayana memanggil
ibunya yang kebetulan lalu melintasi mereka. Cik Ros yang terperanjat dengan
panggilan anaknya berhenti mengejut.

“Ya Allah, terkejut mak… Kamu ni
kenapa terjerit-jerit? Mak bukan sebatu pun jauhnya.” Tersengih-sengih Dayana
membalas teguran ibunya diikuti oleh Adira yang turut tersengih. Entah sejauh
mana sebatu yang dimaksudkan ibunya.

“Ni ha, Dira ajak Yana keluar esok,
teman dia shopping kat Ipoh.”

Cik Ros memandang wajah kedua-dua
orang gadis di hadapannya silih berganti.

“Kau orang ni, kalau bab berjalan
tak payah disuruh, laju je, yang susah disuruh buat kerja,” perli Cik Ros tanpa
berlapik. Dayana menelan liur. Setepek terkena ke mukanya. “Pukul berapa nak
perginya? Naik apa?”

“Macam biasalah makcik, naik kereta
ayah, Dira yang drive, keluar
pagi-pagi kot, lewat sangat nanti takut lewat juga baliknya,” tutur Adira
lancar. Dayana mengangguk-angguk mengiyakan kata-kata sahabatnya.

“Makcik tak kisah nak keluar tu,
masing-masing dah besar, dah 20-an dah pun, yang penting hati-hati, jaga diri,”
jawab Cik Ros terus memberi keizinan.

“Terima kasih, mak”

Dayana merenung sahabatnya memilih kasut. Dia mengurut-urut
kakinya yang lenguh. Adira seorang yang sangat cerewet tiap kali memilih
barang. Berbeza dengan dirinya yang lebih simple
dan tidak terlalu memilih. Ini merupakan kedai kasut yang kelima yang dilawati
oleh mereka berdua tetapi Adira masih tidak menemukan kasut yang diinginkannya.

Bosan
menunggu. Sesekali, Dayana mencuba beberapa pasang kasut yang kelihatan menarik
dimatanya. ‘Cantik’ desis hatinya apabila kasut yang dicuba sesuai dengan
bentuk kakinya. Selesai mencuba barulah matanya melirik pada harga yang tertera
pada kasut. ‘Mak aih, mahal.’

“Yana!”

Dayana
menoleh sebaik sahaja namanya dipanggil.

“Tengok
kasut ni, cantik tak?” Soal Adira sambil menggayakan kasut pilihannya.

“Cantik….”
Jawab Dayana acuh tidak acuh. Berkerut dahi Adira mendengar jawapan sahabatnya.

“Kau
ni, betul-betul cantik ke tak ni?” soalnya lagi dengan penuh curiga.

“Cantiklah,
serious… memang cantik.” Jawab Dayana
lagi dengan menunjukkan mimik muka penuh kesungguhan supaya kawannya tidak akan
bertanya lagi.

“Kalau
macam tu, aku belilah….”

Dayana mengangguk laju. Tidak lalu
lagi dia menunggu lama. Keputusan rakannya itu sangat menggembirakannya persis
mendengar pengisytiharan Hari Raya Aidilfitri rasanya.

Dayana menghirup Milo aisnya rakus.

“Amboi,
berapa bulan kau tak minum air ni?” Tegur Adira tanpa selindung. Dayana
langsung tidak mengendahkan teguran sahabatnya terus menyuap sizzling telur kegemarannya. Tergelak
kecil Adira melihat gelagat rakannya yang memang pantang jumpa makanan. Lagipun
dia faham Dayana sebenarnya agak tidak meminati sikapnya yang sangat cerewet
bila memilih barang. Mesti gadis itu sedang melayan keletihan kerana berjam-jam
menunggunya memilih. Tetapi Dayana sendiri tidak pernah menolak jika dia
meminta untuk menemannya membeli-belah.

“Huh,
gila tak penat, gila lama kau pilih barang kan, naik lumpuh aku tunggu kau,”
rungut Dayana melampiaskan perasaannya. Adira hanya tergelak kecil menayangkan
barisan giginya. Kemudian, Dayana turut tersenyum. Dia sendiri pun sebenarnya
langsung tidak mengambil hati kerana terpaksa menunggu lama tetapi dia memang
tidak dapat menipu yang dia sangat penat bercampur lapar.

“Lama
gila kita tak keluar sama-sama macam ni kan?” Ucap Adira tiba-tiba. Dayana
mengangkat keningnya.

“Tau
tak apa, kau tu belajar jauh sangat, eh, apa cite Yura?” Dengan tidak
semena-mena Dayana terkenangkan lagi seorang sahabat mereka yang sedang
melanjutkan pelajarannya di UITM Pulau Pinang dalam bidang perhotelan.
Kebetulan pula Adira sempat melawat sahabat mereka itu sebelum pulang ke
kampung halaman.

“Dia?
Macam biasa la Yana, macam kau tak tahu…..” jawab Adira selamba.

“Siapa
pakwe dia sekarang?” Laju sahaja mulutnya bertanya. Itulah soalan wajib setiap
kali mereka bercerita berkenaan sahabat mereka itu.

“Entahlah,
dia kata single tapi aku tengok bukan
main dia berbalas mesej…”

Lantas
sahaja Dayana terbayangkan sahabat mereka yang tinggi lampai dan memiliki kulit
hitam manis itu. Cantik dan pandai bergaya. Mulutnya yang becok sering
membuatkan mereka tidak kering gusi. Kadang kala mulutnya agak lancang
berbicara tanpa mengambil kira hati orang sekelilingnya. Tapi, mereka sangat
senang bersahabat dengannya kerana sekepala. Sama-sama gila tetapi sahabat
mereka itu mempunyai masalah yang sering merunsingkan mereka berdua, tidak lain
tidak bukan masalah lelaki.

“Dia tu
cakap je tak ada tapi sebenarnya keliling pinggang, aku risau tengok perangai player dia tu, ngeri tau kalau lelaki
yang dia mainkan tu tiba-tiba nak balas dendam,” ujar Dayana sambil menjongketkan
bahunya. Adira mengeluh.

“Tapi…”

“Tapi
apa?” Pantas sahaja Dayana memintas. Dia bagai dapat merasakan kata-kata
seterusnya bersangkut paut dengan dirinya.

“Kita
orang ada sembang pasal kau jugak,” ucap Adira lambat-lambat. Dia sendiri serba
salah untuk menceritakan hal itu kepada Dayana atau tidak. Dayana pula langsung
menghentikan suapannya. Dadanya berdegup kencang tiba-tiba. Bagai dapat meneka
perkara yang bakal dituturkan tetapi fikiran warasnya segera menepis. Dia
merenung Adira menanti kata-kata seterusnya.

“Kau
masih contact Iz?”

Dayana
tergamam. Selera makannya mati serta-merta. Mengapa nama itu yang disebut
setelah sekian lama dia cuba melupakan nama itu.

“Tak….”
Ujarnya sambil menguis-nguis mi di pinggannya. Dayana sedaya mungkin mengawal
getar suaranya. Dia menunduk menahan pilu yang tiba-tiba menerpa di hati.

“Tak
payahlah, aku dah janji nak rahsiakan hal ni,” putus Adira melihatkan
sahabatnya berubah tingkah. Nampak sangat Dayana masih tidak dapat melupakan
Izzat. Satu-satunya lelaki yang berjaya mencuri hati sahabatnya itu sepenuhnya.

“Aku
tak kira, dah alang-alang kau terlepas cakap, baik kau bagitau jugak,” desak
Dayana. Betapa dia ingin tahu perkara yang disembunyikan oleh Adira.
Lebih-lebih lagi perkara itu berkaitan dengan lelaki yang bertakhta di hatinya
hingga kini.

“Tak
ada apa pun sebenarnya, Yura cerita kat aku yang dia chatting dengan Iz hari tu, Iz bagitau Yura yang dia masih
sayangkan kau lagi.”

Dayana
tersentak mendengarkan bait-bait kata gadis di hadapannya. Dadanya berasa sebu
tetapi masih cuba berlagak biasa. pelbagai persoalan mula bermain di fikirannya.
Benarkah apa yang disampaikan oleh sahabatnya itu?

“Then Yura tanyalah, kalau kau sayangkan
dia lagi, kenapa kau tinggalkan dia, lelaki tu cakap dia tak sanggup nak
lukakan hati kau lagi…..”

“Oh…tu
je..” pendek respon Dayana cuba berlagak biasa. Menyembunyikan gelisah hatinya
yang semakin menggila. Segala kenangannya bersama Izzat mula berputar silih
berganti. Jika mereka bukan di tempat awam, sudah pasti air matanya tidak segan
silu merembes keluar.

Benarkah
lelaki itu masih sayangkannya. Sayang yang bagaimana yang dimaksudkan. Kalau
diikutkan hati, banyak lagi perkara yang ingin ditanyakan kepada sahabat di
hadapannya itu tetapi mulutnya tidak rela untuk terus bertanya. Itu semua hanya
kenangan lalu. Kenangan lalu yang bukan sahaja perlu tetapi wajib untuk
dilupakan tetapi tegakah hatinya? Persoalan itu hanya tergantung tanpa jawapan.

dariilhamkehatihttp://www.blogger.com/profile/07075425026455154737noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-349264799411138196.post-22533800865722641012012-12-02T13:09:00.001+08:002012-12-03T14:38:50.085+08:00nak mintak maaf :(

hari nih baru CP perasan yang setting komen kat blog nih ada WORD VERIFICATION ! CP nak mintak maaf kepada visitor dan tukang komen kat sini sebab susahkan korang , alhamdulillah , CP dah buang dah WV tuh ...

CP mati2 ingat setting untuk blog nih dengan blog CWEET PINKY tuh , sekali je .. rupanya tak , pape pun , CP harap follower dariilhamkehati.blogspot.com akan support blog nih jugak eyh ...

salam sayang dari CP (~_^)Y

hadios !!

dariilhamkehatihttp://www.blogger.com/profile/07075425026455154737noreply@blogger.com20tag:blogger.com,1999:blog-349264799411138196.post-14442875181176594852012-11-28T11:18:00.004+08:002012-12-10T14:21:38.205+08:00HEADER baru dalam proses

nampak tak header kat atas tuh , actually tuh header lame di blog lama , sebab tuh la nama header pun cweet pinky bukan pinky MANIS

hahahaha !

padahal translate je pun .. bukan ape , tak pandai sangat nak buat header nih , tengok la header kat atas tuh , tah pape je , tulisan pun buruk , dalam blog nih maseh berkira-kira nak guna nickname ape , CP ke , saya ke ..

CP tuh pun nickname kat blog cweet pinky tuh ... acano ek ?

then , tertanya2 jugak adakah kite perlu hupdate entry dengan ayat yang skema ek ??

ini adalah ujian , sapa yang tak paham apa yang saya a.k.a CP tulis nih , angkat kaki beramai-ramai !!!

okeyh2 , tak nampak pun , nampaknya, satu2 care CP a.k.a saya boleh taw hanya dengan cara komen je , so , komen la :P

notaKAKI :asal cite pasal header tapi tiba2 keluar pasal nickname la , ayat skema la .... haish !dariilhamkehatihttp://www.blogger.com/profile/07075425026455154737noreply@blogger.com6tag:blogger.com,1999:blog-349264799411138196.post-26487166495870989482012-11-26T14:16:00.004+08:002012-12-10T14:22:45.803+08:00bila PEREMPUAN menangis

Pernahkan anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana seorang lelaki? Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis...<o:p></o:p>

Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda, dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda.

Apabila dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
Pandanglah matanya,
Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan…
Berbaloikah dia menangis,
Dihadapan anda,
Hanya kerana anda?

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.

Guys,
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana anda,
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,
Kerana hanya anda tahu jawapannya.

Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan. Beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda. Kerana anda akan merosakkan hidup dia.

Guys, jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta. Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara...Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya...<o:p></o:p>

YANG NI POWN AK KOPI EN PEH JEP ^^ <o:p></o:p>

dariilhamkehatihttp://www.blogger.com/profile/07075425026455154737noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-349264799411138196.post-21339167892965116252012-11-25T13:22:00.002+08:002012-12-10T14:26:46.069+08:00cara menambah FOLLOWER

di sini saya ingin berkongsi tips langkah-langkah setelah bergelar blogger , sebelum baca , adakah anda semua telah mempunyai blog ?

kalau ada teruskan pembacan . jika tak , boleh lah buat satu untuk diri anda. sebab, banyak kelebihannya kalau anda mempunyai blog, sebab pada blog lah anda boleh berkongsi pendapat sepanjang mana yang anda boleh berbanding sekadar mengupdate status di FACEBOOK.

Tetapi ?

apa gunanya sesebuah blog tanpa pengikut kan a.k.a follower. kalau diikutkan , bukan mudah untuk kita menambah follower tapi kalau betul caranya, follower kita akan naik mendadak okay ..

bagi pendatang baru dunia blog , perkara pertama yang anda perlu buat adalah cari blog-blog yang sedia ada , follow blog tersebut dan sentiasa mengunjungi blog tersebut, pastikan awak-awak semua bukan datang tengok-tengok je , pastian anda komen entry yang di buat oleh pemili blog , barulah pemilik blog tuh rasa dihargai dan rasa berbesar hati untuk menjadi follower anda pula

seterusnya , cara yang paling mudah dan cepat untuk mendapatkan peningkatan follower ialah dengan menyertai segmen-segmen yang dianjurkan oleh para blogger tapi ! (tapi lagi?)

awak-awak semua kena la rajin BLOGWALKING ke blog-blog peserta segmen yang lain dan follow mereka dan mereka pasti akan follow anda balik , percayalah...

(lah , apa pulak blogwalking tuh ?)

BLOGWALKING atau BW merupakan istilah dalam kalangan blogger iaitu melawat blog-blog rakan blogger yang lain

kenapa cara BW nih berkesan ?

sebabnya jika kita melawat blog sahabat blogger yang lain , sahabat blogger kita tuh pasti akan membalas kunjungan kita terutamanya kalau blogger tuh merupakan peserta segmen , follow semula tuh adalah wajib dalam kalangan peserta segmen :)

okey , tuh je update pada kali nih , semoga berjumpa di update seterusnya :D

dariilhamkehatihttp://www.blogger.com/profile/07075425026455154737noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-349264799411138196.post-38751497914097002502012-11-19T15:41:00.002+08:002012-12-10T14:27:07.660+08:00new BLOG new LIFE *MTS

AUCAKK !

ini adalah blog baru sempena kelas pembangunan blog dan laman web , membina blog memang minat semenjak daripada sekolah menengah lagik disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya.Tertarik bila diorang edit blog diorang jadik cantek kan ? tindakan-tindakan mereka menyentuh perasaan saya yang kreatif ni (kreatif lah sangat , edit blog pun sampai sekarang tersengguk-sengguk)

post baru ni tak tau la nak post pasal apa , mungkin nasib blog nih nanti saya jadikan tempat saya letak karya-karya macam novel dan cerpen yang masih tersimpan di dalam simpanan laptop tercenta ni. Gaya macam banyak je karya kan ? padahal satu je , itupun tak siap lagik. memang dah lama sebenarnya berangan nak buat blog lagi satu tapi angan-angan je tak sudah

okey lah , dikesempatan ini , saya ingat nak promosi blog lama la iaitu :

nama ala-ala manja CWEET PINKY

DIATAS adalah header blog saya yang lama , boleh la datang melawat kan , menambahkan jem traffic kat blog saya ye (~_^)

nak melawat ?? klik pada header :P

dariilhamkehatihttp://www.blogger.com/profile/07075425026455154737noreply@blogger.com8